.:: hari kejadian - 20130529 ::.

Masa awal pagi lagi, mummy dengan Hafidh da bergaduh. Hahah macam kelakarkan. Tapi memang geram je dengan Hafidh.

Di sebab kan adik agak menganas pada pukul 3-4 pagi, mummy bangun lewat untuk pergi kerja. Tapi, Hafidh lagi lewat bangun, lagi bagus sebenarnya. Senang nak bersiap dan kemas bag hafidh.

Tapi daddy dia pulak kacau suruh bangun. Alasannya, nanti bila dia da bersiap nanti, baju basah bila mandi kan Hafidh. Lin pun layan kan je la. Sementara daddy dia nak tolongkan...

Tengah siap kan barang2 Hafidh, ternampak la daddy dia mandi kan kan Hafidh guna air pancut. Bukan main suka lagi si debab mummy tu. lepas tu, susah la dia nak keluar dari toilet kan. Nak main air je...

Da kena bebel dengan mummy baru la 2 beranak tu keluar.

Lepas tu, nak main payung plak. Macam2 dia pagi tu tau. Kena rampas payung dengan mummy, mengamuk sakan la dia. Siap baring kat depan rumah jiran. Dah la jiran tu xde rumah da seminggu. Kotor! Geram je. Pastu Lin terus merajuk dengan Hafidh.

Bila dalam lift dia hulur tangan nak salam. Lin cakap tangan penuh. Huhuuh majuk dengan anak. Pastu Lin kena marah dengan daddy dia. Huhuuh.

D terus bawa Hafidh dalam kereta, Lin plak singgah buang sampah dulu. Masuk kereta Hafidh da gelak2 kat car seat dia. Otw g umah bs, sempat la layan makan minum Hafidh dalam kereta.

Bila dalam lift plak, daddy dia suruh kiss adik. Hafidh terus g kat Lin, selak baju, nak cari perut tuk kiss. Cute je perangai dia. Dia tahu dalam perut tu ada adik. Tapi, nanti bila adik da keluar, agak2 dia tahu tak adik tak ada lagi dalam perut. Huhuuh....dugaan baru bakal menjelma.


Coretan mummy Lin 20130529/9pm/PPUKM

Post a Comment

0 Comments