.:: runtun kalbu mummymu Harris Adeel ::.

Pagi2 lagi mummy da pergi kerja dengan keadaan yang sadis.
Sedih bila tengok adeel menangis non stop sepanjang perjalanan ker rumah BS dia sungai besi.
Kalau ikutkan tak la jauh mana perjalanan nya.
Tapi, di sebabkan cuti sekolah dah berakhir dan ramai yang da start kerja selepas cuti panjang, maka jalan2 kat malaysia ni, kembali sibuk.

Dari jam 7.30am dalam kereta, hampir sejam kemudian baru sampai di kawasan perumahan BS. Sepanjang tu juga la adeel menangis tanpa henti. Di ulang ye, tanpa henti.

Buntu! mummy tak tahu nak buat apa lagi.
Nak berhentikan kereta kat tepi, jalan memang sesak.
Tepi2 jalan pun kereta banyak menyelit.
Klau mummy berenti, lagi menambah sesak jalanan.
Dengan perasaan bersalah, mummy pekakkan telinga, sambil menjeling2 adeel dan dengan hati yang pilu mummy teruskan juga pemanduan.

Setiba di parking, terus mummy keluar untuk amik adeel dan pujuk.
Basah pipi adeel dengan air matanya.
Pilu ati mummy nak. Napa la sedih sangat.
Sebelum keluar, kan da susu.
Ni mesti kes tak nak pergi rumah BS.
Macam tahu mummy da start kerja.

Lepas tangisan adeel reda, mummy bagi susu.
Rakus adeel minum, mungkin penat dan haus menangis sejam.
Jangan la adeel buat macam ni lagi.
Abang hafidh nasib baik faham yang hati mummy dia tengah gelisah, dia tak buat ragam pun.

Rasa macam nak nangis bila tengok anak kecik macam adeel menangis. Harris adeel, pasni tak mo macam ni lagi ye. Mummy love u.


Post a Comment

8 Comments

  1. alahai..comelnya si adeel ni. bambam betullah! geram nengok :)

    ReplyDelete
  2. comey nyer adeel nih...mmg sesak jiwa kita ni kalu tgk anak menangis tak berenti kan,nak pulak waktu tu kita tak bole nak pujuk dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak... bab kena pekak kan telinga tu, macam tak sanggup je.

      Delete
  3. alaaaa sedihnya... adeel kan good boy.. nnti jangan nangis2 ye... sian mummy susah ati nak tinggalkan... :(

    allene tu le bila anak2 kita cam nie..rasa runtum hatikan... dulu qalesya pun gitu gak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhuh itu la liya, lin pun da tak tahu nak buat cmner lagi

      Delete
  4. ni risau nk hntr aqilah next week kt BS. Nwxt week bru start keje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhhu biasa la mimi.. kena tabah je la. klu tak, cmner nak cari rezeki.

      Delete