.:: selamat hari raya ::.

Assalamualaikum....

Da 2 minggu raya baru mood nak update datang kan Kejam sungguh mood tu. Datang lambat 2 minggu.

Meh tayang gambar anak2 comel lin pergi beraya kat Senai semalam...



Kalau nak di ikutkan, time2 macam ni, memang agak mencabar untuk lin. Dah la baru lepas pantang, anak kecik. Nak pergi beraya ngn balik kampung dah macam pindah rumah. penuh kereta comel lin tu.

Semua orang yang mengintai mengelengkan kepala. =D

Sapa suruh korang intai. Nak geleng pun tara guna. Yang patut geleng, laki den tu ha. 2 ke 3 kali naik turun lift angkut barang. =D
I kan "mem" besar, turun sekali duduk dalam kereta amik air cond je. KEJAM! 

Walaupun penat, tapi seronok. Orang bagi duit raya kat anak2 sampai mummy ngn daddy dorang penuh tangan nak amik. Keerrrlassssss.... klu pergi rumah tu ada 10 orang dewasa, 10 orang tu juga bg duit raya. Giler nak tolak??? tak la kan. Sampai senget bahu mummy carry handbag. hahahah ada nada bongkak di situ... ampppuuunnn....

Sebenarnya semua gambar raya kt adik lin. Puas tau I berposing bagai. Lambat sangat dia nak email gambar tu. Dah la FB xde. Klu tak copy je. Apapuntakboleh.

Ok la semua. Kalau u all baca entry ni, Lin dengan seikhlas hati, sepunuh jiwa raga... ingin menyusun jari yang tak cantik ni, memohon ampun dari hujung rambut, hingga hujung kaki. Andai ada terguris hati secara sengaja atau tidak sengaja. Lin hanya manusia lemah, banyak kekurangan. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.

Post a Comment

2 Comments

  1. akak pun mohon ampun dan maaf andainya selama akak komen2 kat blog lin ni ada yg terkasar bahasa ye

    ReplyDelete