.:: Oh my sons ::.

Oh anak2 ku yang comel2 dan hencem. Siapa lagi la nak puji anak kalau bukan parent sendirikan.

Bagi lin pujian tu boleh membangkitkan keyakinan. Walaupun sekarang dia tak faham lagi, tapi kita as parent dah kena mula dari sekarang. Biar anak2 dengar benda2 yang baik je keluar dari mulut kita.  Lagi2 bila budak tengah nak membesar ni. Otak dorang macam span, senang nak absorb new thing. So be alert dengan butir bicara kita ye!.

Hafidh Aryan.

Alhamdulillah dah pun setahun 7 bulan. Semakin banyak kerenah. Suka sangat main2.
Dia tak kesah siapa pun yang main dengan dia. Ada sesetengah budak tu, nak ngan parent je. Tapi bukan Hafidh. Dia ok dengan semua orang. Seram gak kalau perangai macam ni.
Buatnya ada orang jahat nak culik, senang2 je dia umpan dengan gula2. Memang kalau keluar, Hafidh tak pernah lagi kami biarkan dia berjalan sendiri. BAHAYA ok!

Apa saja yang dia tengok dan dengar mesti dia akan tiru.
Baru2 ni, favorite song dia Ya Hanana... Lin pun download la video kumpula Qasidah ni kat Ipad.
Pastu, tunjuk kat dia. Dia pun boleh goyang2kan badan sama macam video tu. Bila tang sebut ALLAH, dengan tangan2 dia angkat. 10x tengok pun tak pe. Janji dia diam.

Bila lin bebel2 or cakap sumthing yang repeat banyak kali, dia boleh ajuk balik cakap kita. Amboi.. ni memang teror. Tapi lin tak pernah marah la. Cuma gelak je. Macam pagi ni, lin terkeluarkan perkataan, "eh..eh..." dia pun sebut. Pastu Daddy dia tukang gelak. =)

Susu pun da makin kurang. Ok la kan. Makan dah macam2. Semalam masa lin pergi secret receipe, dia pun sibuk nak makan apa yang lin makan. Lin order Cordon Bleu, ni pun dia nak makan. Lagi2 ada rasa cheese kan. Apa lagi, memang suka la dia. Cake memang tak payah cakap la. Asal masuk je dalam mulut hilang. Cepat sangat. Pastu sebut "nak!"  >_<






Harris Adeel

Yang si Adeel ni plak, cukup waktu nak tidur. Bawak la jalan pergi mana pun. Bising mulut dia nak tidur. Selagi tak bagi nen ngan peluk dia, jangan harap la nak tidur. Da nen tak peluk, mulut tetap bising. Manja nya tak payah cakap la.

Tapi, syukur alhamdulillah. Waktu malam dia memang tak meragam. Malam memang dia lena je tidur. Dulu, nak tidurkan dia memang susah sikit la. Sampai lenguh tangan ni menepuk.
Tapi sekarang, nak tidurkan dia, kena baring sama2, pastu peluk dia erat2. Confirm lena ok.
Bangun menyusu pukul 2-3am dan 5-6am. 2 kali sahaja.

Susu untuk adeel plak. kais pagi & petang. Sehari tak pump nasib la. Memang xde susu nanti. So gigih la mummy dia bangun pump susu 2-3 pagi. Waktu2 tu je la boleh increase susu lebih sikit.
Milk booster, da macam2 amik. Shaklee dah, ferwhite (2 in 1 ni...) dah, macam2 la.
Sekarang ni, cuma kena banyak2 berdoa je. Semoga di makbulkan doa untuk menyusukan adeel.

Sekarang, adeel memang suka ketawa. Bila balik je, dalam kereta lin mesti borak2 dengan adeel. Ade je dia nak cerita. Walaupun tak faham, lin buat cerita sendiri je la. Dia pun melayan lin. Sampai geleng kepala D tengok lin bercerita dengan Adeel. Mesti dia ingat bini dia mereng.. =)
Tengah seronok borak2 dengan adeel, si abang kat sebelah D pun kadang2 mencelah gak. Nak join bercerita. Ada je yang dia cakap.


ok la tu je... sementara ada mood nak mengarang ni kan.

Post a Comment

9 Comments

  1. Memang hensem-hensem tau.. suka tengok. Best la abg hafidh dah ada geng.. Naurah je belum lagi. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. naurah kena mintak ibu cepat2 bg geng la... ihihih

      Delete
  2. muka sama seiras abg adik..bam bam pun sama...

    ReplyDelete
  3. apa y pasti muka abg & adik sgt2 sebijik tau..

    alhamdulillah, mkin banyak perkembangan ank2 kt, makin kt rasa teruja kan. ye la lin, kata-kata pujian utk anak2 kt pon 1 doa tau.. jd, puji memuji lah selalu ank kt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. semoga ceretan di blog blh mengingatkan memory indah kan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. seronok tgk anak membesar depan mata kan lin... :)

    ReplyDelete