.:: pagi tadi ::.

As salam...

Da petang baru terhegeh2 nak update blog kan...
kejam... !

Ok lin da BW blog2 tadi...
Kebanyakkanya lin silent reader je...
Tak tahu nak komen apa...

Ok.
Ni nak setori cerita pagi tadi.
Bangun pagi lambat..
Sedar pukul 5.30am.
Tu pun sebab Harris menangis..
Terus tarik dia bagi susu..

Eh... jup apasal Harris boleh naik atas katil ni???
Ya Allah.. nasib ko tak jatuh nak...
Ke lin tanpa sedar angkat Harris tidur sebelah lin malam tadi?

Nasib baik la malaikat jaga Harris.
Elok je guling2 kat katil.
Tapi tak jatuh.
Harris da 2x jatuh katil tau!!
Tak serik mummy kau kan...

Sorry Harris.
Pasni mummy alert ok.
Bila nak susukan Harris, mummy turun bawah...
Harris sekarang tidur dengan Abam..
Bantal peluk je pemisah dia.

So far ok.
Hafidh belum pernah hempap adik dia lagi.
Ye la.. Setiap 3 jam, mummy or daddy akan bangun periksa anak.
Lin bangun susu kan Harris.
D bangun buat susu Hafidh.
Hafidh.. da besar pun tengah malam masih nak susu.
Kalau tak nak buat, dia menangis macam kena pukul.

Eh.. panjang plak cerita malam tadi..
Sambung balik....

Lepas susukan harris, lin bangun pump susu.
Sampai pukul 6 pagi.
Boleh plak lin sambung tidur
Tak puas tidur kat ketiak laki...
G cari ketiak dia lena la dalam 20 minit.
Terjaga terus bangun mandi, solat.

Lepas tu nak siap2 pakai tudung, Haris pula terjerit2..
Amik dia letak kat katil bilik lin.
Hafidh pula datang mengacau...
Pergi living, on kan TV cerita kartun.

Sambung pakai tudung.
Keluar bilik dukong Harris letak kat living.

Lepas tu pergi dapur buat breakfast.
Mood rajin tau...
Goreng telur hancur tanpa minyak..
Tengah dok bancuh telur +garam + lada sulah...
Harris kat living terjerit jerit...
Dukong lagi dia...
Sambil kacau telur dalam kuali...
Sambil dukong Harris sebelah tangan.
Lenguh weii...
Tapi nak wat cmner.

Pastu nak buat Teh O lemon.
Camner nak potong buah lemon kalau tangan sebelah dukong harris???
Adoi ai...
Terpaksalah potong juga.
Skill terbaik la.

Masa breakfast dengan D..
Harris menangis lagi mintak dukong...
Mummy buat kering hati...
Nak makan..
Nanti lambat pergi kerja. 

Harris2...
Pagi2 da buat mummy ko kelam kabut tau.
Da tak pasal2 dapur mummy macam tongkang pecah.
Malam ni nak masak lagi..
Ni sapa nak kemas??
D da tunjuk mmy suh kemas...
Sedih betul la...
T_________________________________T


Post a Comment

1 Comments

  1. aku pon selalu kk camni.
    tmbh anak dah dua.
    kdg umah seribu kali lebih teruk dari tongkang pecah.
    agagaga....

    ReplyDelete