Restaurant upin dan ipin

As salam...

Lama da rasa nya tak update cerita pasal abam dan perangainya...
Sebulan lagi, abam da 2 tahun...
Weee... 
So fast kan... 
Alhamdulillah...
Abam tak ada la banyak kerenah mana.
Cuma yang penatnya nak mengejar dia. 
Suka sangat kalau berjalan tu, menyimpang sana sini. 
Setiap pagi, kalau nak masuk kereta tu, punya la susah..
Nak kena mummy dia kejap dan tangkap bawak masuk kereta. 
Dah dapat time senam free. 

Tu kalau mood nak main kejar2.
Tapi, kalau mood nak jadi big boss..
Dia tunggu daddy datang bawak kereta kat lobby bawah umah  tu je. 
Padahal parking kereta dan lobby bertentangan. 
Boleh plak tak nak pergi kat kereta.
Nak gak tunggu kat tempat lobby. 

Awal bulan hari itu, lin bawak anak pergi beli grocery kat giant USJ.
Pehal g beli barang jauh2 kan. 
Hihihi... 
Actually lin pergi BBW. 
Balik tu singgah tengok uncle lin kat hospital area Klang. 
Balik singgah la beli something untuk grocery kat Mydin USJ.
Tapi... Parking penuh. 
Malas la menyusahkan diri.
So kami ke jiran Mydin. Giant.


Masa nak parking ternampak kedai upin ipin ni.
Actually lin yang teruja. :P 
Bukan tak pernah nampak. 
Tapi before ni nampak dan tak terdetik nak masuk.
Tapi kali ni da depan mata. 
Apa lagi, mari mencuba.

Seronok Hafidh masuk dalam tu. 
Terus joget2 dengar lagu upin ipin.
Muka pun serius je tengok upin ipin. 
Aman nya rasa masa nak makan. 

Rasa dan harga dia boleh la.. 
Tak mahal dan tak murah...
Standard la.. 
Sekarang ni apa yang murah...
Gaji lin je lin rasa murah...
Boss... up gaji ok.
Minyak mahal.. toll mahal...
Tetiba.. >_< 

Ok tata. 

.:: mummyhafidhharris::.

Post a Comment

4 Comments

  1. Hehe..
    Betul jgk..
    Mkn kt luar skg ni bila btul2 perlu jepkan?
    Mcm akk ank dh 4 klu mkn kt luar mmg kena spent la..

    ReplyDelete
  2. mcm menarik je restoran 2..bdk2 suke la kn..

    ReplyDelete
  3. upin ipin.
    sama mcm Batrisyia.
    suka betul dengan drumstick..

    ReplyDelete
  4. sedap juga, kalu kat seksyen 13 tu utk lunch sedap jg makanan dia

    ReplyDelete