kbba

Latest Posts

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN

By 9:23 AM , ,

As salam...

Lin copy paste cerita ni dari FB Nara.
Entah betul entak tidak...
Semoga menjadi pengajaran untuk kita semua...
Ingat... anak itu amanah yang Allah beri...
Jagalah sebaik mungkin.
Kalau kita hantar kepada pengasuh.. jangan percaya 100%
Kita bayar mereka...
Sekali sekala datang mengejut untuk tengok keadaan anak2 kita.

Mak lin juga baby sitter...
Selalu je ada mak bapak yang datang mengejut.
Alhamdulillah... tak pernah lagi la jadi yang bukan2.
Sebab lin selalu ingatkan mak...
Kalau tak tahan jaga, (menangis... bergaduh...)
Pulangkan kat mak bapak dia...
Selesai.
Kalau kita jaga sebab duit... pastu marah2 budak tu, tak guna...
Dorang tak tahu pape.
Insyaallah.. Allah akan ganti rezeki jaga budak tu dengan benda lain.
Percaya la...
Itu la yang mak lin lakukan...

Pernah sekali ada parent yang tak boleh terima bila mak lin pulangkan anak dia.
Memang budak tu asyik menangis...
Lin bila datang rumah mak, tengok budak tu asyik menangis je...
Lin pun tension...
Bila adik lelaki lin balik dari JB, nak rehat kat rumah mak, ada budak menangis...
Dia jadi bad mood.
Last2 kami bincang dengan mak, pulangkan tak perlu jaga lagi.

Tapi parent tu buat muka bila mak cakap macam tu.
Yang sebenarnya budak tu menangis sebab sakit.
Mak budak tu tak bagi tahu anak dia berpenyakit.
Bila budak tu demam, boleh jadi lebih serius.
Sapa tak takut nak jaga kan...
Buatnya tetiba biru dan ....... (korang faham la ye)
Macam mana?

Nak di jadikan cerita, lepas mak lin tolak penjagaan budak tu,
Anak dia sakit masuk hospital.
Boleh pula doctor kat hospital tu cakap anak dia da tak lama...
Tunggu masa je...
Parent dorang tak boleh terima hakikat...
Tukar hospital...cari doctor lain.
Dorang kata doctor hospital tu merepek!
Sekarang entah la...
Masalah nya bila anak dia sakit susah dia nak cuti...
Macam mana pengasuh nak jaga.
Kita bila anak sakit, cuti la...
Anak nak manja2 bila sakit dengan kita.
Kalau hantar pengasuh, dorang ada bby lain nak tengok lagi.
Sekarang lin pun tak tahu mana pergi dorang.
Mak kata da pindah.
Yang sedihnya dia buat cerita bukan2 belakang kami.
Sabar je la...

Berbalik pada taska...
Errmmm.. serius lin da banyak kali dengar cerita buruk pasal taska...
Dorang ni amik budak ramai2...
Pengasuh sikit.
Dulu pernah gak la lin call taska dekat dengan rumah lin.
Tanya dia nak hantar anak.
Then, dia jawap buat masa sekarang amik budak 3tahun keatas.
Tak cukup pengasuh.
Bagus kan pengusaha taska ni.
Kalau orang lain agaknya pakai amik je.
Syukur sangat.

Cerita pertama lin dengar masa kat klinik puteri... >>link<< 
Lepas tu macam2 cerita lagi yang tersebar kat FB...
Dan yang latest cerita ni...

gambar owner pengasuh


"Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA. "


Korang bayangkan kalau anak2 kita dibuat macam ni ....
tanpa pengetahuan kita... 
Allah... kejap pengasuh ni... 
Terlalu kejam...! 
Semoga Allah bg balasan setimpal
 

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. betoi2 lin....ni x lame lagik pengasuh anak i nak jaga anak die berpantang,so bulan 2 ni sanggup anta anak i bagi mak mertua kat sabah jaga,sbb susah nak percaya pengasuh lain atau taska..walaupun jauh sekurang-kurangnya kite tau she's in a good hand.

    ReplyDelete
  2. i kalau baca bab2 dera anak/anak mati kat taska ni jadi takot...syukur ayish masih i jaga, cuma terbayang anak2 kawan yg duk kat taska tu...harap2 la semuanya dlm lindungan Allah

    ReplyDelete
  3. kejamnya..
    Aqilah baru tukar taska.
    Ade kes jugak kenapa tukar sebab Mimie suka datang mengejut cuma tak mau story kat blog coz masih jg air muka babysitter aqilah dulu.

    ReplyDelete
  4. takutkan bila baca cerita2 macam ni...

    akak ni syukur sgt,masa anak pertama hantar anak rumah org,dijaga dgn elok,tp opah tu nak balik duduk kg pulak,lepas tu hantar taska,alhamdulillah taska tu bagus,baby mmg dorg amik 3org je,pastu tiap2 hari amik anak tanya apa buat kat taska,skrg lg best siap ada buku utk mak ayah sign tiap2 hari..tgk apa yg aktiviti anak2 kat taska

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers