Resipi baby food 6month to 8 month

As salam...

Antara resepi baby yang lin selalu buat untuk arris dan aryan dlu.
Simple... 
Sedap... (eh.. sedap ker? tak penah rasa pun... kikiik)

Biasa nya lin buat food harris 3 hari sekali

Harris makan 3 kali sehari. 

Breakfast - bubur

Lunch - puree

Dinner - bubur (5-6pm)


Banyakkan... time hafidh aryan dlu, tak ada la makan banyak macam ni. 
Huhuhu... 
Tak pe, janji makan.
Lagi pun lin tak bg makanan segera. 
Kira ok la kan.. 
Makanan sihat. Walaupun tak berapa fresh.!





Resepi pertama: 

Bubur brown rice. 

Brown rice + carrot + Ikan bilis

1- brown rice 3 genggam
2- Sayuran / puree sayur.
3- Ikan bilis / salmon / chicken
4- Air secukupnya.

Masukkan semua bahan dalam periuk... 
Masak sehingga semua empuk.
Blend sehingga halus... (rupa ala2 nestum dalam tin yg sudah di bancuh)

Masukkan dalam bekas.
Sejuk beku.
Sehari sebelum nak bagi makan, letak dalam freeze biasa.


Resepi kedua: 

Puree Avocado.

Puree Avocado

Bahan2

1- Avocado
2- EBM (kalau tak ada boleh guna FM)

Steam avocado
Blend avocado/ lenyek2 kan. (avocado memang dah boleh terus makan) 
Campurkan EBM tadi. 
Kacau rata sampai nampak macam creamy... nampak macam sedap je... 

Kemudian, masukkan dalam bekas2 kecik dan frozenkan. 

Resepi ketiga:

Puree Dragon Fruit


Bahan2nya

1- Buah dragon sebiji

Belah 2 buah tu
Kemudian korek isi guna sudu
Masuk kan terus dalam blender
Blend sehingga halus.

* puree ni favorite Harris. Tapi nak bagi makan susah sebab cair.


Resepi keempat:

Bubur brokoli & potato



Bahan2nya:

1- Brown rice 3 genggam
2- Air secukupnya
3- Sebiji kentang
4- Brokoli - ikut suka banyak mana nak

Potong dadu kentang dan brokoli
Masak bersama brown rice
Blend sehingga hancur

Sedap makan bersama ikan bilis. 

Ikan bilis tu goreng sehingga garing
Blend sampai halus
Asingkan ikan bilis dalam bekas lain.
Campurkan dengan bubur bila siap untuk makan.


Ok tu je resepi untuk kali ni.
Kalau rajin nanti lin update lagi ye.
Sekarang ni tengah plan nak buat fingger food dan biskut plak.
>_<


 

Post a Comment

0 Comments