Selamat hari jadi anak ku Hafidh Aryan

As Salam... 
Warkah untuk besday boy mummy!
 

Sayang mummy... 
Happy birthday... 
Semoga menjadi anak yang soleh. 
Menjadi anak yang mentaati perintah Allah...
Dengar kata-kata dan nasihat mummy daddy... 

Sayang mummy...
Walaupun usiamu meningkat setahun lagi...
Kasih sayang mummy daddy tetap utuh dan sama sejak kamu di lahirkan.. 
Tak pernah kurang... malah berlebihan... 

Sayang mummy... 
Mummy daddy bukan la ibu bapa yang sempurna...
Andai didikan kami tak cukup untukmu, maafkan kami... 
Mummy daddy dah buat apa yang termampu... apa yang terdaya... 

Sayang mummy...
Jangan dibandingkan dirimu dengan orang lain... 
Jadilah dirimu yang sebenar... 
Andai kita tak cukup kaya... syukurla... 
Kita masih mampu berpakaian,makan dan minum... 
Andai kita tak cukup bijak... syukurla... 
Kita masih punyai fikiran yang waras untuk memilih baik buruk... 

Sayang mummy...
Setiap detik dan waktu yang kita luahkan bersama... 
Adalah emas untuk mummy daddy... 
Begitu berharga sekali kamu di mata kami... 
Begitu sayangnya kami padamu Hafidh Aryan... 

Sayang mummy....
Andai umur mummy daddy tak panjang... 
Jaga adikmu sebaik mummy daddy menjaga kamu... 
Sayang la dia seperti mana mummy daddy sayangi kamu... 
Belai dan dadoikan dia sepertimana mummy daddy dodoikan kamu... 
Kalian la permata emas berlian mummy daddy. 

Sayang... 
Bila besar, ingat jasa mummy daddy...
Ingat kasih sayang adik padamu...
Ingatla orang sekeliling yang menyanyangimu... 

Hafidh Aryan... 
Membesarla menjadi hambaNya yang taat... 
Membesarla menjadi Hafidh (penghafal al-quran) kitabNya...
Membesarla menjadi Anak yang soleh.
Itu sahaja harapan mummy daddy... 



Aksi-aksi hafidh sekitar setahun 11 bulan... 


belajar.. walaupun 5 minit... mummy da happy sangat da tengok
cubaan membuat "peace"
Manja dan kasih antara mummy dan hafidh... hafidh fav. is kissing... =)



Titipan buat mummy daddy... 



Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Setiap ibu bapa wajib mendidik anak mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak adalah amanah Allaw S.W.T kepada kita dan sudah pasti akan di tanya berkenaan apa dan bagaimana kita mendidik mereka. Jika tersilap didikan anak-anak mungkin boleh mengheret kita masuk ke Neraka. Justeru itu didiklah anak dengan sebaiknya, pentingkanlah agama daripada dunia semata.


“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”
(Surah al-Anfal, ayat 27-28)


Apa makna anak yang soleh?

Anak yang soleh bermaksud anak yang 'baik'. Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa, tetapi juga anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya Allah anak itu  akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.




“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.
(al-Anfal: 24) source here

Happy besday sayang....

Post a Comment

3 Comments

  1. Happy birthday my dear anak auntie comey nih...besar dh dia...sebak tau bila sama2 hati ibu baca nukilan mama nih...sungguh anak itu adalah nyawa kita hingga ke syurga abadi Allah...always happy ye dear :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..selamat hari lahir..semoga mejadi anak yang soleh, sihat dan bijak :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum .. sekiranya anda memerlukan meja dan kerusi kanak-kanak untuk majlis harijadi sila hubungi KidsPartyRental 0123288522

    ReplyDelete