kbba

Latest Posts

Besar kecik.. besar kecik je... aku tengok si Hanez ni!!!

By 10:04 AM

As salam...

Sakit hati ni dari last week...
Entah kenapa nak sakit sangat pun tak tahu la...
Tapi...
Memang tengah sakit ni.

Mesti korang tahu pasal kes Si perampas ni kan...
Mesti korang isteri2 ni, sakit hati dengan perangai si perampas ni kan...
Sama la dengan aku.

Dear Hanez,
Muka lawa... suara lunak merdu....
Body sexy... bibir menggoda....

Tapi!

Perlu ke guna semua keindahan yang Allah pinjamkan kepada awak, dan awak guna untuk menghancurkan hati wanita lain?
Perlu ke awak merampas tempat berlindung seorang isteri...
Perlu ke awak merampas kebahagiaan dan kasih sayang anak2 KECIL dari bapanya??
Perlu ke Hanez?

Cuba letak diri sendiri kat tempat si isteri tu.
Sanggup gemuk sebab nak lahir kan 2 zuriat untuk suami.
Tutup aurat sebab tak nak suami mendapat dosa.
Boleh Hanez buat macam tu???
Sanggup ker?

Sekarang ni pun awak dedah2 sana...
Laki tu suka la...
Sebab kalau nak tahu, benda haram ni SEDAP.
Cuba da halal nanti...
Mungkin suami tu pergi cari retis baru lagi putih gebu dari awak.
Itu tak mustahil tau.!
Sekarang awak hancurkan rumah tangga orang.
Mungkin nanti rumah tangga awak jadi macam tu juga.

Kecian la isteri dia.

Suami pun 1...
Patut kalau nak si Hanez ni, jangan la maki isteri...
Awak tahu tak nak beranak ni bukan senang.
Senang je awak maki isteri yang dah bagi awak 2 zuriat.
Tak ada perasaankan.
Cuba mak awak kena macam tu.
Bapak awak ada perempuan lain, pastu dia maki2 mak awak...
Awak rasa???

Isshhh... hangin la aku ngn dorang ni.


Laki sekarang ni mmg nak perempuan sexy putih gebu camni je ker?
Perempuan putih gebu tutup aurat tak nak yek?
Bukan yang tertutup tu lagi exclusive ke?
Ye la kan...
Terdedah tu biasanya barang pasar malam...
Butik LV kan tertutup... siap ada pintu dan security guard lagi...
Ko rasa ko pasar malam or butik???

Dah...
Pape pun, aku harap Hanez sedar.
Sayang... muka cantik... tp perangai macam ni.
Sudah2 la tu enjoy.
Dekatkan diri dengan Allah...
Insya Allah hidayah tu akan datang.

You Might Also Like

5 leave a massage here...

  1. aku nak tumbuk je rase dedua..ish..aku mmg pantang hal camni..ha xpasal2 maketty ber'AKU' nmpk sgt geram!!!

    ReplyDelete
  2. haaha.. emo nampak lin..
    bila baca luahan hati wife die mmg sedih.
    mengada pulak si H tu ambil gambar dengan anak die.

    ReplyDelete
  3. haha. kelakar allene marah mcm ni.. geram kan..

    tapi tuelah.. sebenarnya itu;lah terjadi bila lelaki tidak menjadi seorang lelaki sebenar..



    cik tu panggilan bagi mak nik =)

    ReplyDelete
  4. allene...saba dik..hehehe...
    semua orang geram je ngan dia kan..
    semoga rumahtangga kita dibawah lindungan Allah

    ReplyDelete
  5. memang sakit hati baca pasal hal hanez tu...

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers