Movie "Non-stop" pasal kapal terbang kena hijack! - sangat kebetulan.

As salam...

Semalam Lin MC. 17/3/2014
Tapi sempat lagi la pergi tengok wayang dengan D.
Amik kesempatan bila anak tak ada ni.

So, D bagi pilihan tengok cerita 300 or non-stop. Siap mention, non-stop cerita pasal kapal terbang kena hijack. Ok. Lin terus teruja. Nak tahu gak macam mana keadaan dalam kapal bila kena hijack kan. Memang kami pilih "non stop" 

Memang pasal kapal terbang kena hijack. Tapi.... Tak sama macam mana MH 370 kena hijack.
Lin rasa MH 370 lagi teruk kot keadaannya. Sebab da 11 hari. Tapi cerita "non stop" berlaku dalam sehari je macam tu. 

Movie tu, sangat mendebarkan. Tertanya tanya... siapa yang menjadi dalang sebenarnya. Kesian kambing hitam yang dia jadikan mangsa.(hero cerita tu) Dan paling sedih ada kematian. Termasuk kapten kapal tu mati.

Bila nak relatekan cerita non stop dengan MH 370 totally tak sama. Walaupun kapal tu akhirnya meletop, dan mendarat... Lin rasa kes MH 370 lagi teruk .. Tak tahu la kenapa. Lin terbayang makan ke tak semua mangsa MH 370 tu. Budak2 kecil menangis ke, meragam ke. Paling takut kalau ada yang sakit.

Allah.. Selamatkan mereka semua tu. Bila dalam keadaan tertanya2 apa nasib MH 370 ni, macam cerita kita dengar pasal kapten kapal kan. Entah la, jauh dari sudut hati lin rasa dia tak bersalah.
Ada yang kaitkan dengan politik. Entah la... Harap2 malaysia masih aman.

Macam2 cerita menakutkan yang lin dengar. Lin tak nak malaysia jadi macam negara yang berperang tu. Lin tak nak rumah kena bomm... tak nak hospital kena bomm... tak nak tidur dalam ketakutan.
Lin tak nak dengar anak2 menangis sebab takutkan bunyi bom pesawat dan macam2 lagi.
Allah... sungguh takut.

Semoga semua mangsa selamat.

Ya Allah.. kau selamatkanlah mangsa MH 370. Jauhkan la mereka dari perkara yang tak diingini. Sesungguhnya hanya kau yang maha mengetahui dan maha berkuasa. Ku pohon padamu Allah... Lindungi la kami hambamu dari manusia durjana. Amiinnn.... 




Post a Comment

3 Comments

  1. Allah lin berderau rasa..moga semua selamat amin...permudahkan urusan penemuan MH370 ni

    ReplyDelete
  2. Mcm best citer non stop ni..
    Tapi betul ckp lin tak blh samakn dgn MH370.
    Semoga semuanya selamat. Mimie pn terfikir kesian 2 baby tu. Mcm mana nk susu, tukar lampin. Ya Allah selamatkanlah mereka semua..
    Cukup la politikkan isu kapten MH370.

    ReplyDelete