Pangkor day trip with family


As salam... 

Ya Allah.. lama nya lin nak amik mood untuk update cerita basi Pangkor ni. 
Errmmm....  Actually, Early march aritu, ada cousin D nikah kat Manjung. So, kami pakat2 pergi sekali. Family lin, MIL, Adik ipar, akak,abang ipar semua la... So, leh berjalan2 sekali. 
Simple trip. Amik kesempatan dari majlis kahwin, sambil tu boleh jalan2 sekali. 

Tapi, mak2 macam lin ni, nak happy sangat memang tak la kan. Seksa lagi rasanya adalah. Sebabnya anak kecik2 lagi. Masing2 nak berdukong la. Menangis lapar la. Berak la. 
Allah.. banyak dugaan betul. Muka lin ni da macam asam gelugor da. Stress ngn anak2. 

Dorang ni baru 9m & 2y. Kalau esok da besar, entah apa pulak la ragam dorang ni kan... 
Memang mencabar betul la nak jadi Parent of the year. Kesabaran tahap infinity. D yang sangat sabar tu pun tercabar gak la dengan kerenah anak2. 
Semoga Allah permudahkan kami untuk jadi IbuBapa yang diredhai... aminnn.... 

Ok. back to the story. 

Semasa di Manjung, kami sewa homestay. Seriusly homestay ni sangat selesa. Nanti lin up entry asing ye. Kalau rajin... =D  Rumah teres baru 3 bilik, 2 bilk air. Ada Mesin basuh, peti ais. Everything complete! Sangat selesa untuk kami sekerluarga. Ibarat balik kampung je. =) 
Lin pilih bilik kecik sekali. Dalam bilik tu ada single bed. Tak guna pun, sebab kami bawa toto, bentang kat bawah. D ajak tidur luar, lin tak nak. Tak kan nak tidur pakai tudung plak kan. Dah la ada abang ipar. Errmmm.... so, kami tidur dalam bilik anak beranak. Memang muat dan selesa. 

Jumaat malam, majlis Akad nikah di masjid. Esoknya pula majlis sanding dan tangkap gambar. Lepas majlis sanding, lin dengan family terus ke Jetty untuk ke pangkor. Kami pilih day trip je. Sebab da book apartment kat teluk batik. =) cerita kat teluk balik pun banyak gak. Later ye. Ehh.. ada orang nak tahu ker?? hahah .tak pe. Lin cerita je. 

Ok tiket ke Pangkor, or segala activity bagai, uoll boleh g ke website ni. 
http://www.pangkormalaysia.com/ Nak merungkai maaf, tak rajin. Lagi pun lagi senang faham bila baca sendiri ye dak... =) 

Masa dalam boat nak ke pangkor tu, D pening. Ok baru tahu D agak kemabukkan laut. Senyap je dia. Sampai tahap dia tak boleh dukong Harris. Kebetulan, boat yang kami dapat tu agak sempit dan perap. Memang kalau orang yang tak biasa akan lemas la. 
Dalam boat dan dalam van. Sempat lagi kan...

Hafidh pula memang tak duduk diam. Kebetulan ada sepasang couple ni, pakai mask. So lin kata kalau bangun, orang tutup mulut tu tangkap. =) baru dia diam. Bijak dak??? 

Sampai je Pangkor, tak tahu kenapa dorang tak nak terus cari van untuk sewa. Sewa van untuk bawak kita jalan2 1 pulan RM80 pertrip. Kami jalan2 dulu cuci mata. Padahal barangan yang sama je dijual di lumut. Harga lagi mhal ok. Baik beli kat Lumut je. 

comel tak van pink ni. Now i know kenapa ada orang jual fm gambar van warna pink. Rupanya kat pangkor van tu.
Kat Pangkor, jujur lin kata it nothing.! Tak best. tak tahu nak tengok apa. Yang bestnya pun pasal ada kota lama. Dan kalau tangkap gambar kat sana cantik. Tu je. Lepas tu tour guard tu bawak kami g kilang makanan laut yang diprocess. Tapi masa tu kilang da tutup. So pergi je la kedai situ. Harga mahai oii... lin beli gula2 udang je... Hahah... tak tahu nak beli apa. Pastu Mil beli sotong kering apa entah. Sedap plak makan.. uhuhuh da terlepas nak beli. 

gambar ngn my hero.. puas pujuk hafidh pandang kamera...
kamera tak canggih. nak snap whole space mmg tak dapat la. lens hp la katakan...

Then ke pantai. Oh. Before tu, dia bawa kami ke tokong. Da nak buat apa ke sana. So kami decide, teruskan je perjalanan.. Malas la tengok tokong. Kang runtuh iman. Ehh.. yeker? Eh. Entah la. Tapi, tak ada minat pun. So bila sampai pantai, kami berhenti solat dulu. Pastu lepak2 pantai sambil rasa angin pantai. Best. Tengok orang mandi... wow.. sexy2 kakak2 kat situ. Melayu uoll... rosak mata anak den. Eh.. Laki den pun cuci mata. T_____T 

view kat pantai pangkor
kengkonon laki ku tu tak tengok la pmpuan sexy tengah mandi.. :P
Hafidh, jangan tergoda ok. Duniawi je ni.
Ok lepas lepak2 jom balik. Tu je kitorang buat kat pangkor??? sungguh bosan. Dan memenatkan. 
No next time. Kalau nak g laut tu, ermmmm... PD pun sama je feling dia. Nak cantik g Langkawi or Sabah. Errmmm yang tu thumb up! 

Ok, da jom balik.
Bila da settle kami ke Jetty semula. Tunggu untuk perjalanan balik. Habis cerita.







****************************IKLAN JUP*******************************************






Korang kalau yang duduk area CHERAS,BANGI,PUCHONG nak cheesekut dari size kecik lin terima order. Tapi yang jauh2 macam SHAH ALAM, SENAWANG or mana2 la. Lin terima order yang besar je. Baru berbaloi nak delivery. =) 

Ok For Big size Cheesekut RM28 / Trifle RM30 
Whatsapp 019-2523932 

Post a Comment

6 Comments

  1. pangkor ni macam balik kampung je.. (eh memang kampung Husband dekat2 situ.. kat Manjung), mmang untuk rehat, tido, jalan2, cuci mata, pastu tido, pastu makan...hahaha tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan syima.. klu honeymooon ok kot.. feeling2 love tgk pantai.. hihihi

      Delete
  2. pernah pergi dulu lama sangat zaman belajar lg...teringin nak pergi lagi..nak menggamit memori katanya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi kayrul.. jgn tak pergi.. tp mood mesti da swing sikit. huhuhuhu

      Delete
  3. Pnh pegi pangkor sekali je .btulla..mmg xd apa kot kt sana..huhuhu..tu pun akk pegi kursus..klu bercuti sure rsa buang msa kot ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan buang masa je kak. buang duit sekali. huhuhu sewa van pun mhal...

      Delete