Review restaurant WADIHANA At Bangi getaway

As salam 

mukadimah muka 2 budak hencem
Lama da peram entry ni. 
Hari ni, boss balik awal. 
So, boleh la menyinggah untuk siapkan entry pekasam ni. 
Pekasam sedap yek? 
Lin tak pernah try pun. 
Tapi, bukan nak cerita pasal pekasam 
=) 

Lin sekarang ni, kalau cari tudung sudah ada tempat favorite. 
Kat bangi getaway ni la. 
Ada kedai depan SR. 
Murah2 sangat kat situ. 
Pashmina pun lawa lawa je tengok. 
Memang ajak D pergi sini je kalau nak beli. 

Untuk wedding sepupu D kat Manjung aritu, 
Lin beli tudung kat sini gak. 
Habis je kerja, terus datang sini. 
Dinner sekali kat sini. 
Ingat nak belanja D makan kat Tart nasi Ayam.
Tapi, takut habis, sebab da malam pun masa tu. 

So kami decide dinner kat dalam bangunan ni je. 
Senang, tak perlu nak cari parking lain. 
Kebetulan si Harris Adeel da lena dalam Mei tai. 

tak clear sangat. tp logo restaurant tu nampak kan...

Kami pilih restoran  Wadihana.
Pernah dengar tak? 
Lin tak pernah. 
Tengok interior macam menarik je. 
Banyak jual food western. 
Lin dengan D memang tekak western. 
So, memang sesuai la. 
Tapi, ada gak jual menu lain.
Bubur pun ada.
D order bubur hari tu. 
Not bad, D kata "boleh la... "

Laki lin tu memang macam tu..
Semuanya boleh la... 
Errmmm... so, sedap la kot. 

Lin pilih makanan biasa je. 
Sebab masa tu harris tidur, tak boleh la nak makan benda yang kena guna 2 tangan.
So, lin pilih carbonara. 


Menarik tau, kat tengah2 ada kuning telur.

Gambar bubur D tak sempat snap
Dia dah ngap dulu. 
Lapar sangat la tu. 
Lagi2 kena jaga anak masa lin tengah pilih tudung. 
=D 

Baby chair pun banyak kat sini.
So yang bawak anak kecil tak ada masalah la. 
Nak panggil dorang amik order ker, hantar bill ke, guna bell je. 
Senang. 
Nampak exclusive, tapi harga berpatutan. 
Cuba la orang bangi. 

 
yang kerja kat area sini leh lunch kat sini.
Wadihana Foody Food Galore
Bandar Baru Bangi Selangor,
B-12-G Bangi Getaway Shopping Complex

Tel/Fax: +6(03)89275540
E-mail: info@wadihana.org
Website: http://wadihana.org/




Ok. Harap membantu untuk sesiapa yang suka mencuba restaurant baru. 



muka bedak sembelit. Minum air nak ada cherry kat glass. huh!

Post a Comment

1 Comments

  1. Haishhh x sabor nak cuba...harap ada masa nak terjah Wadihana nanti...thanks tau share tempat mkn besttt

    ReplyDelete