Apabila anak semakin membesar

As salam...


Hafidh Aryan da semakin besar dan semakin bijak.
Bangun pagi, nak mandi...
Lepas mandi amik kereta dan jalan2 jelajah rumah.

Kalau mummy dan daddy sibuk nak bersiap, suruh dia tengokkan adik.
Hafidh akan panggil...
"adik...adik... ni.... (sini)"
Adik akan... huaaa....~~~ (menangis sebab kena tinggal dengan mummy)

Bila adik kacau hafidh
Hafidh babap montot adik.
Sambil mulut sebut "adikkk.... angan la... " (jangan la)

Bila tengok adik main sorang2
Baring sebelah adik, dan agah2 adik sampai adik ketawa berdekah2.
Entah apa yang kelakar sangat pun tak tahu la.

Bila dalam kereta, mainan adik jatuh bawah
Tunduk amik, bagi adik...
Adik jatuhkan lagi... pastu marah adik...
"adik ni.... "

Bila adik tidur, tepuk2 peha mummy sambil letak jari telunjuk kat mulut...
(syuhhh... )
Suruh diam...padahal dia yang buat bising...

Bila mummy pegang handphone nak amik gambar, dia da posing dlu sambil sebut
"peace mummy"
Lepas tu, amik handphone tu, dan suh kita buat "peace" pula.

Gelagat mencuit hati hari demi hari...
Bila daddy marah, cari mummy mintak pujuk...
Bila mummy marah, mengadu dengan daddy.
Walaupun hari2 suara ni naik 1 oktaf marahkan hafidh, tapi tetap sayang.
Malah bertambah sayang. Sayang sangat2.


Mummy daddy love u.

Post a Comment

4 Comments

  1. seronokkan lin..
    setiap gelagat sangat menghiburkan hati..

    ReplyDelete
  2. pandai dah abang...memang dah besar..abang2 sangat dah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... terasa da besar anak bujang sorang ni.

      Delete
  3. Cerdik btul dah abg..
    Semoga mmbesar dgn sihat..
    Menjadi ank yg soleh

    ReplyDelete