Aku bukan Mistress

As salam...

Aku tengah malas nak buat kerja ni. Meh kita borak2 petang. :P
Ni kalau bos aku tahu matik... Dah la nak kerja by this week.
Jup je boss. Ni nak luahkan perasaan tak puas hati ni.
Eh.. bukan aku puasa ker arini?? Kalau camtu, aku luahkan secara bersopan.



Korang mesti tengok kan cerita "aku isterinya  " ala2 cerita "sebenarnya saya isteri dia  "
Hero pun sama.
Bukan apa. Memula bila tahu cerita aku bukan mistress nak keluar TV. Punya la aku teruja. Aku layan novel ni online dekat blog author Acik Lana. Serius best. Lain dari yang lain. Tak ada la kesah kena kahwin paksa or seangkatan dengannya.

So, aku pun confident tak payah beli novel ni. Sebabnya dah nak keluar kat TV3 kan. Tapi, malangnya gelora hati dan keinginan tu tak ada. Yeeelllekk... Huhuhu sedih. Kecian penulis tu. Imaginasi dia tak boleh di luahkan secara lakonan. Pada lin watak Anzalna memang kena la dengan dia. Cuma, Izzue tu macam tak kena je. Mungkin sebab dia tak berbadan gagah macam yang di bayangkan semasa baca. Kecik je aku tengok Izzue tu. Laki aku lagi nampak gagah.. Ehhh...

Pastu, bila berlakon 2 orang ni ekk...ukkk...ehhh... Dah kenapa nampak macam gagap. Adoiyaiii.
Frust aku. Tapi, sebabkan aku suka tulisan Acik Lana ni, aku layan gak la demi Acik.



Tadi, masa lunch kan aku puasa, sempat gak la aku layan kat tonton. Laaa... da episod last rupanya. Dan ending dia, macam aty kata la. cliche je...

Cerita novel bila di drama atau di filem kan, memang feel tak kan sama atau feel tu akan lari. Macam cerita ni la. Kalau kita baca, kita tahu apa yang ada dalam hati watak tu, apa sebab dia buat semua tu. Tapi, bila di lakonkan, macam mana nak tahu kan. Takkan nak buat cloud dalam tu ada subtitle plak. Dah macam cerita sin chan.

Yang dah berlalu, biakan ia berlalu...Now, aku tak sabar nak tunggu cerita Jauh dari Cinta by Adah Hamidah. Soon akan keluar kat TV3. Wooowwww.. teruja seh.. hope tak menghampakan la. 






Tak sabar nak tunggu. Carita ni best gak tau. Cuma penulis ni suka cerita pasal perempuan kena buli dengan lelaki. Buli perasaan maksud aku. Makan hati la senang cerita. Tapi, ending best.
Ok tu je. Adioss..

peminat setia tv3
~ allene ~






semua gambar souce dari google. sorry lupa simpan link.

Post a Comment

12 Comments

  1. akk tak berapa layan sangat aku isterinya tuh sis
    macam borink la

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak.. pelakon dia tu, tak menghayati sangat... pffttt....

      Delete
  2. selalu tengok ending2 je tapi ariana rose layan dari awal sampai ending... sngsara husband sebab kena balik awal.hehehhehehe... keith foo punya pasal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uhuhhu... syima, lin pun layan. tp tak suka keith foo... sbb gmuk. bahahaha

      Delete
  3. mmg kebanyakan filem or drama dari novel susah nak dijayakan..

    ada satu je yang nik tgk rasanya indonesia film...
    lupe dah tajuknya
    filemnya hampir sebagus novelnya..


    mcm ombak rindu.. kalau sape dah baca novel mesti rasa banyak scene best yang dikerat2. jalan cerita terlompat2..


    mmg sukar nak garapkan novel tebal dalam drama yang cuma beberapa episod je.
    kang kalau meleweh org pulak malas tgk..
    haha

    susah nak satisfied semua org kan

    (ape jelah nik tulih ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nik.. bukan merepek. tp pandangan bernas. sepp! kita sama... klu jalan cite slow mmg adios la...

      Delete
  4. Hee..peminat setia tv 3 ye..best dpt ngk tv kn..kat uma jarang sgt2 dpt ngk tv..kalu ayah ade uma,tv 2 24jam channel sport je..;(..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahah... ala mintak la ayah tu suh tukar drama masa waktu tu je..

      Delete
  5. novel jauh tue dah beli tapi x sempat lagi baca..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayrul... boleh plak da beli tak baca. klu lin, hati da bergelora nak manamatkan jalan cite.

      Delete
  6. Aku isterinya best tp episod akhir saya belum tgk lagi oke nak tgk skank dkt tonton hehehe...yg aku bkn mistress tak pernah tgk pun.pelakon yg sama ye.

    ReplyDelete
  7. serius lama tak tgk tv...tak tau ada drama hehehhe best yer

    ReplyDelete