kbba

Latest Posts

Captain Harris is turn 1

By 10:30 AM , , , ,

As salam...

Alhamdulillah.. syukur. Allah masih pinjam kan Harris untuk lin dan suami.
Hari ni, penghulu segala hari, Harris genap setahun.
Harris membesar dengan sihat. Syukur... walaupun harris pernah masuk hospital, tapi itu cuma dugaan kecil untuk kami sekeluarga.

Setahun yang lalu, masa2 ini lin da mula nak menangis. Sebab rasa sakit kena "stimulate" dengan doctor yang tangan besar.
Puas pujuk harris, " keluar la sayang... mummy da tak sanggup. Tak tahan nak tanggung sakit ."

Tepat pukul 10 pagi, nurse tolak mummy masuk labour room. Dan dalam labour room macam2 drama. Macam2 perasaan. Sehingga la  saat harris selamat melihat dunia. Dunia yang penuh pancaroba, sayang... Dugaan akan datang dan pergi. Mummy harap, Harris kuat untuk terus harungi liku2 kehidupan.

cerita kelahiran harris >>link<<
cerita drama dalam labour room >>link<<

Adeel sayang,
Saat wujudnya kamu dalam rahim mummy
Ianya merupakan 1 kejutan besar untuk mummy daddy
Kami tidak menyangka seawal ini Allah memberi rezeki kepada kami
Kejutan yang membuat kan mummy gembira dalam ketakutan.

Adeel sayang,
Mummy gembira saat adeel membesar dalam rahim mummy
Tanpa alahan yang teruk, tanpa muntah2 dan tanpa sebarang penyakit
Mengandungkan kamu sangat mudah.
Cumanya mummy kena lebih berperang dengan penat lelah
Kerja, abang aryan dan rutin harian mummy.

Adeel sayang,
Saat kamu semakin membesar dalam perut mummy
Pelbagai soalan orang keliling pertikaikan.
Sedihnya mummy.
Lupakah mereka, semua jodoh, rezeki, anak, ajal maut semuanya telah tertulis di luth mahfuz??
Lupakah mereka?
Anak adalah rezeki dan anugerah yang tidak ternilai harganya.
Puas mummy menepis segala kata2 yang ibarat sembilu itu,
Hanya dengan Allah mummy mengadu.
Hanya dengan daddy mummy menangis.

Adeel sayang,
Saat mummy sudah lelah dengan kata2 mereka,
Mummy bangkit dikala kamu semakin membesar dalam rahim ini
Mummy kuatkan semangat.
Mummy cekal kan hati,
Mummy teruskan hidup dan menikmati saat2 kamu berada di dalam perut ini.

Hari berganti hari, detik berganti detik.
Kamu selamat menjengah dunia.
Kehadiran yang indah.
Menyerikan hidup mummy daddy dan abang aryan.

Semakin hari, semakin membesar.
Semakin bijak dengan perlbagai akal.
Saat kamu bermain dan bergaduh dengan abang aryan,
Saat itu la kamu berdua membina silaturahim yang utuh.

Adeel dan Aryan,
Kamu anak mummy daddy dunia akhirat.
Mummy daddy doakan Adeel sentiasa sihat,
menjadi anak soleh,
bijak dan menjadi insan berguna.




mummy always touching
~mummy kamu la adeel ~

You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. hye cutie.. happy birthday =)

    ReplyDelete
  2. Happy birthday adeel..smoge mmbesar mnjd anak yg soleh..

    ReplyDelete
  3. happy belated birth buat adeel..
    dh besar dia.. skejap je..
    moga mjadi ank y bjaya dunia n akhirat..
    amin

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers