hafidh dan harris alergic SANTAN

As salam...

Semalam masa amik Harris dan Hafidh dari rumah BS, lin tengok Harris macam lemah je badan dia.
BS kata dia baru bangun tidur. So, Fefaham je la. Mungkin dia mamai lagi.

Lepas tu, BS bagitahu dia bagi Harris makan LEMAK LABU. Lin tak terkejut. Apatah lagi nak marah. Sebab Harris boleh makan labu. Cuma... lemak tu, lin tak fikir lagi dia boleh makan ke tak.
Tapi, tengok ok je, so kami pun tak kesah. Sebab Harris dah nak setahun. Setakat bagi sesudu dua lin ok je. As long jangan bagi dia makan 1 mangkuk dah la. Meroyan mak dia ni kang.

Baru je lin nak gerak selangkah dua, tetiba Harris muntah. Sekali, dua kali, tiga kali.
Habis baju dan tudung lin. Tapi, bukan baju dan tudung masalahnya. Tapi, 3x muntah dia tu. Allah... tergamam kejap lin. Kaku, kejung tak bergerak sekejap.

Bila tersedar, mintak D keluarkan kain lampin dalam bag baju kids. BS pun nampak kalut. Tapi, lin still calm. Mintak tolong tumpang nak basuh tudung dan baju kejap. Tak tahan bau muntah.
BS tolong lin kemas dan tukarkan baju Harris. Dah settle, lin pun balik.

Kecian Harris. Dalam kereta, dia senyap je tak aktif macam selalu. Layu je dia. Sambil peluk lin, cari tempat kat badan mummy yang bau muntah ni, nak lending. Allah.. Sayu tau hati ni.
Nak salah kan BS tak boleh jugak. Sebab lin pernah je bekalkan pumkin soup untuk Harris. So, BS aspect Harris boleh la makan labu tu.

1km before sampai rumah, Harris muntah sekali lagi. Terus lin suh D cepat sikit. Takut dia muntah lagi banyak. Sampai rumah, lin pas Harris kat D, sebab lin nak bersihkan diri dulu. Dah bau muntah yang amat tengik.

D tolong lin tidurkan Harris. Lepas lin settle solat, lin tukar shift dengan D plak. Puas buai Harris, tapi dia tak tidur pun. OK. Kita keluar tengok TV je la ye.
Lepas tu, tetiba bau busuk ya amat. Sambil bunyi kentut tak berhenti. Harris cirit. Bila lin dukong dia suruh berdiri takut nanti terkeluar plak segala hasilnya. Sementara nak tunggu dia habiskan keluar semua isi kandungan tu. Tapi, dia tak boleh berdiri. Macam lemah je kaki dia. Huhuhu...
Sedih tengok anak mummy macam tu. T______________________T

Lepas cuci dan kemaskan Harris, lin sapu minyak. BF dia dan terus dia tidur.

Awal pagi, sekali lagi dia cirit. Badan pun dah dedar. Tapi, mummy daddy kena pergi work gak. Next week 2 hari dah cuti. Sebab BS cuti. Tapi, mummy yakin, mak ana mesti extra care kat Harris.

Dulu masa Hafidh bawah setahun, lin pernah bg nasi lemak. Dan hafidh kena cirit birit. Now, Harris pula. Memang bawah setahun or setahun lebih, anak2 mummy tak leh makan mknan ada santan. Huhuhu...

So mummy yang lain, extra care ok bila nak bagi anak2 makan ni.

mummy sayang anak2 mummy
- mummylin -


Post a Comment

2 Comments

  1. Alahai..kesiannya..
    first time dgr allergic santan tapi tu la kan..bdk kecik sgt ni xle suka2 bg apa2..
    get well soon Harris. If sehari xbaik lg better bwk gi hospital.
    sbb dia muntah+cirit so tkt dehydration pulak..kesian je bila tgk budak kck sakit.sbb dia nak cakap sakit pun xreti lagi kan..huhu...

    ReplyDelete
  2. get well soon harris...
    santan kotak kot.

    ReplyDelete