kbba

Latest Posts

Baby boy dengan teddy bear

By 10:03 AM ,

As salam...


Susah nak update blog sekarang.
Gambar dalam HP. Cabel tak leh detect pula kat PC.
Blog application dalam HP pula asyik bengong je tak leh attach gambar...
Grrrr.... geram ahkak! 

 

Semalam cerita pasal anak bujang sorang ni. 
Hari ni, pun nak cerita pasal si abang ni gak. 
Makin besar, makin banyak kerenahnya. 
Pening kepala mummy dengan daddy dia. 
Mana tak nya. 
Sekarang dia suka main dengan teddy bear...
Dah macam orang perempuan.

Kami tak pernah pun belikan teddy bear tu Hafidh.
Tapi, tu teddy bear lin yang D belikan masa zaman cinta cintun. 
Elok je benda tu tersimpan. 
Selama ni, dia tak pernah pun nak usik.
Entah kenapa lately suka pulak. 
Siap bawak g umah BS. 
Adooiii anak! 
Malu mummy. 
Kang orang ingat mummy yang ajar pula.
T___T


Hari tu, tengah duduk lepak dengan D tengok TV
Hafidh main dengan teddy bear.
Dia dukong teddy bear tu, dengan cara menatang. 
Pastu D tanya. 
" hafidh kenapa tu? " 
Dia jawap 
" baby doooo "

Apa lagi, aku dengan D bantai gelak la. 
Tu ok lagi. 
Pastu dia baring kat sofa sambil selak baju. 
Amik bear letak kat nenen dia. 
Lagi sekali aku terkejut. 
Adoi... Dia tiru cara mummy susukan Harris. 
Anak2. 

Hanya dengan memandang, kamu dah boleh meniru ye. 
Tapi, tak ada la sampai tidur peluk bear.
Nasib baik. 
Anak aku sorang ni, suka tau buat mummy daddy gelak. 
Penat pun hilang dengan perangai kamu. 

mummy yang risau,
allene
 

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. tak suka jugak nak upload gambar dlm blog app kt hp..-_-..tu kdg2 mls nk update tu..

    ReplyDelete
  2. serupa....adoyai.boy kot.tp org kate klu boy suke bebear ni penyayang....:)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers