Cara mudah, senang dan berkesan untuk hilangkan Jaundis bayi

As salam...

Fuhhh... Harris da setahun baru lin nak share pasal cara lin hilangkan Jaundis Harris.
Tapi, dah janjikan. So, kena tunaikan.
Lambat cepat bukan masalah kan...

Masa Hafidh dulu, dia kena jaundis tahap kritikal.
Sampai lin kena sign surat penukaran darah.
Aku ni lembut hati, doctor kat A, makan A la jawapnya.
Dia suh sign, iolls sign je.
Bodoh tak fikir apa da masa tu.
Yang aku tahu, menangis.. menangis.. menangis...

Nasib baik tak meroyan..
Bahhaahah..
Itu semua mengajar lin menjadi lebih matang.
Anak baru kuning je lin oiii..
Ko nak melalak ...
Belum sakit yang kritikal lagi...

Masa Hafidh dulu, kuning dia sampai kena duduk bawah 3 lampu.
Dalam 380++ keatas la.
Lin pun tak nak ingt berapa.
Bayangkan dia kena puasa, tak boleh Bfeed.
Lin masa tu, tak tentu arah bila setiap kali dengar dia menangis.
Tu yang aku pun join dia menangis sekali.
Baru meriah NICU tu.
Sampai kena marah dengan nurse tua.
Memang sentap aku masa tu.
Pastu nurse muda datang  pujuk, dia suruh aku pump susu.

Aku masa tu, beranak mengejut.
Tak sempat lagi beli brest pump.
Dah macam mana nak pump??
Nurse tu suruh aku guna tangan je. 
Aku pun buat je la.
Sambil cari tempat, aku jalan2 keliling NICU tu..

ALLAH...
Dugaan aku ni, kecil je. Nak di bandingkan dengan yang lain.
Macam2 rupa aku tengok.
Macam2 mesin aku nampak.
Menangis sepanjang jalan tu.
Aku kena kuat..
Aku kena semangat...

Setiap hari, aku pump susu.
Walaupun sakit, aku tak kira.
Aku nak Hafidh minum susu aku gak.
Aku tahu, hanya susu ibu je boleh pulihkan Jaundis Hafidh.

Genap 3 hari hafidh kat NICU dia discharge.
Lompat bintang aku dengan kain batik.
*tipu je* 

Itu kisah hafidh.
Harris pula, aku bertindak cepat.
Masa nampak muka dia da kuning, mula la semua orang sibuk suruh ubat itu ini.
Aku naik rimas. Masa hafidh dulu, aku mungkin akan ikut semua saranan.
Tapi, tidak kali ni.

Aku tak guna buat sensei ke, itu ke... ini ke.. 
Aku hanya breastfeed sahaja.

Masa nurse datang rumah check, dia da bebel2 suruh pergi KK untuk check darah.
Kami pun pergi la. Demi anak. Biar sakit sekarang jangan sakit kemudian hari.

Hari pertama..
Doktor tanya, berapa kerap dia menyusu??
Lin jawap dengan bangganya 2 jam sekali.
Doktor suruh lin Bfeed 1 jam sekali. 
Tapi, doctor dia tidur, tak sampai hati saya nak kejutkan.
Kejut kan dia juga. Kalau tak nanti kuning tinggi, kena admit hospital.

Serius lin takut bila cakap pasal hospital.
Teringat Hafidh dulu kena macam mana.

Balik tu, mula la episod menyusukan Harris sejam sekali.
Susah?
Memang susah.
Baby yang kena Jaundis, dia bersifat tak aktif.
Kerap tidur. Kalau kita biarkan dia tidur, memang Jaundis akan semakin teruk.

Cara lin
  • Kejutkan dia bangun dengan bukakan bedung bagi dia rasa sejuk.
  • Kemudian, dukong dekatkan dengan ibu
  • Cuit2 pipi dia.
  • Sumbatkan puting dalam mulut dia. 
  • Sambil tu, main bawah dagu untuk kejutkan dia. 
  • Kalau masih tidur, picitkan sedikit susu dalam mulut dia. 
  • Make sure kita jangan leka, takut dia tak telan susu. (mata sibuk pandang lain)
  • Ajak dia berbual. Agah2... 


Insha Allah, bila kita dah set time dia bangun sejam sekali, dia akan ikut rutin tu. 
Tapi, kena teruskan. Sehingga jaundis dia turun.
Tak ada istilah tidur lena la ye mummy semua. Memang lin struggle giler.
mata macam panda.
Lin set alarm untuk BFeed Harris.

Dan syukur, hari ketiga, jaundis haris tiada.
Masa tu, nak melompat bintang dengan kain batik sekali lagi je rasanya.

So, mommies yang nak deliver tu, get ready ok. Bukan masa bersalin je nak risau. Tapi after bersalin pun macam2 yang kena kita lalui, emosi dan fizikal.

Last sekali, Happy Breastfeeding.

aku, bukan mak kepada panda
Allene




Post a Comment

3 Comments

  1. fayel prolong jaundice...at last susu fm ...berjaya singkir...apap pun mencuba tak salah

    ReplyDelete
  2. Bagus tips sis tu tau..
    Tq for sharing..
    Alhmdulillah ank2 akk xde yg kena kuning teruk..so akk xd penglmn tuh..

    ReplyDelete
  3. betul. setuju sangat2..

    tapi nik mmg prepare dgn ubat sensei tu.. masa sufiyyah dah beranak.. dah duduk bawah lampu baru nak gi beli..
    tapi mandikan jugak.. dan bfeed banyak2 jugak..

    tapi masa umar nik beli siap2.. ala. murah je kan..

    sambil tu lahir je terus bfeed banyak2.. aku tak kire.. hahhaha..

    jadi kuning sikit. tapi boleh balik.. balik tu terus mandikan dgn air tu.. pastu sambil tu bfeed juga banyak2..

    alhamdulillah.. umar mmg kejap je.. =p


    ReplyDelete