Harris Peminat oranje


As salam... 

Peminat oranje tu, bapak budak ni.
Peminat oren baru budak ni. 
Tapi, entah kenapa semalam tetiba lepas JDT menang, Daddy budak ni mintak oren plak...
motiff... ???

Baru nak mogok tak nak cakap sebab tak bagi tengok drama Jauh dari Cinta.
Sentap tau. 
Huh.. 
Saje je la tu. Nak manja2 bukan tak leh potong sendiri..
Grrr...

Ok tak mo cerita pasal JDT.
atau Oranje si Holand tu.
Tapi, ni nak cerita pasal si Harris yang suka sangat dengan buah oren.

Asal nampak je mummy dia makan, sibuk la nak.
Tak bagi, dia lepuk mangkuk buah tu.
Adoi anak.... 

Bila bagi, makan meleleh2 ayak liur... 
huhuhu
Lepas tu, dengan kulit2 dia bedal.
Tak pahit ke kulit tu harris? 
Ayoyyo... 



Bagus la Harris ni suka buah oren..
Hafidh tak suka... 
Sep! kita leh geng. 
Nanti mummy beli stok oren banyak2 bulan puasa ni.
OK?

yang bangga,
mummy

Post a Comment

0 Comments