Hidup tak seindah novel

As salam...





Siapa peminat novel melayu, mesti faham apa yang aku nak sampaikan.
Aku memang peminat novel melayu.
Kalau novel omputih tu, 5 bulan pun aku tak habis2 baca.
Bukan tak faham.... #sayatakbodoh  tapi, lambat process dalam otak ni.
Aku kena tengok betul2 ayat tu, fikir dan owhh.... macam tu.
Tapi novel english memang best, ayat lebih puitis.


Novel melayu biasanya jalan cerita yang cliche.
Kahwin paksa, kahwin contract, kahwin ganti dan seadik beradik dengannya.
Tapi, cara penceritaan tak sama.
Itu yang menyebabkan aku suka membaca.
Watak2 semua tu imaginasi penulis.
Kita sebagai membaca pun berimaginasi gak untuk amik feeling.

Ada orang kata, kalau nak rumah tangga porak peranda, sila la baca novel.
Sebab kita akan comparekan jalan cerita dalam novel dengan jalan hidup kita.

Lantak orang tu nak kata apa.
But for me, aku tak macam tu.
Gila apa!!
Sebelum watak heroin tu, jumpa hero kaya raya, jalan hidup dia macam mana plak kan..
Ko nak camtu???
Tak kan...
So, novel untuk kita berimaginasi je.
Amik tauladan.
Adat la orang perempuan suka berangan kan.
Membaca tu bagus. Dari duduk termenung je.
Issshhh tak ada faedahnya.

Macam kes Abby baru2 ni. Korang tahu kan...??
Aku malas nak komen apa.
Cuma abby kenal suami dia dalam masa yang singkat.
Tapi, dalam novel perjumpaan yang singkat itu la yang membawa bahagia.

Pada aku, aku sokong gak la dia tak kawan lama dan terus berkahwin.
Ala2 novel. Aku berangankan macam tu la.
Tapi, reality hidup kita, kita kena kenal dulu pasangan kita.
Orang sekarang macam2.
Pokok pangkal, jodoh ajal maut semuanya dah tertulis.

Terima dengan redha jalan hidup kita.
Kalau novel tu romantik2, tapi laki kita tak romantik, apa kata kita yang jadi romantik untuk laki kita. Tak salah kan.

Hidup jangan terlalu fanatik.
ok!

yang mood masih swing
allene



Post a Comment

3 Comments

  1. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer... ;)

    ReplyDelete
  2. i pn suka membaca.tapi kalau baca novel mmg masyaallah slow gila.
    mostly baca buku self-help, motivation,etc..
    tapi betul la tu.hidup ni bukan macam novel.
    ada org yg hidup dia lagi drama dari novel. ada orang jalan hidup dia mudah sgt..kan?
    pastu kalau novel laki sume nak best2.nnt kite compare kt laki sendiri pulak..kan??hehehe..

    but 4 me membaca sebenarnya best. its like an escape from reality kan?lepas membaca otak jadi rileks.barulah kita boleh function as a mummy..betul x? :)

    ReplyDelete
  3. Dulu akk suka baca novel..
    Tapi nasib tak penah berangan nak jd mcm citer dalam novel..
    Skang dahbtakde masa nak baca novel..huhu

    ReplyDelete