kbba

Latest Posts

Jantung berhenti seketika.

By 9:19 AM , , ,

As salam....

Pagi tadi, sibuk2 macam biasa.
Daddy tengah mandi, mummy tengah solat.
Hafidh dan Harris baju pampers semua dah tukar.

Tengah baca tahiyat akhir, aku dengar Harris menangis.
Masa nak lipat telekung aku dengar lagi Harris menangis.
Tapi, dalam nada tersekat. Sekejap ada, sekejap tak ada.

Pelik gak aku dengar suara macam tu.
Selesai sidai telekung dan sejadah, terus tengok kat tempat dorang main.
Berhenti kejap jantung aku.



























































Aku nampak Hafidh duduk belakang adik dia.
Sambil tonyoh kepala adik kat lantai. 
Gaya macam nak bunuh orang.
Terjerit aku marah Hafidh.
Terus dukong Harris dan pujuk dia.

Hafidh kena gak la seliang dua.
Tangan ni, memang nak pukul pun dah tak ada kudrat.
Lemah.
Lepas tengok apa yang Hafidh buat kat adik dia.

Kalau aku lambat.....................................
apa jadi kat Harris agaknya.
Menangis aku sambil peluk Harris...

Bila da lega sikit, baru aku bangun bawa Harris pergi dapur.
Biar la dia main pinggan mangkuk dari kena lanyak dengan Hafidh.

Hafidh dah kena lepuk dengan aku, mula la menangis.
Tapi, aku buat tak tahu, nak dia tahu yang aku marah dia.
Bukan tak sayang tapi, nak mengajar.

Harap lepas ni, tak ada kejadian macam ni lagi.

Pagi tadi, pesan dengan BS, tengok2 kan 2 beradik ni.
Risau plak aku.

yang mati seketika,
mummy

You Might Also Like

10 leave a massage here...

  1. cian harris... kne buli ngn abg... kne lbh amek prhatian ni.. xleh biar dierg duk bdua je...

    ReplyDelete
  2. Allah hu akbar.. risaunye.. kesian adik harris.. hafidh geram kat adik kot.. kene pesan selalu tu.. even tak buat kene ulang2 biar tertanam dalam minda hafidh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la fifi...
      now lin nak train supaya dia sayang adik dia...
      nak biar kan dorang manja sesama sendiri...

      Delete
  3. same mcm kes mimah lin,ms dlm pantang.pdhl dpn mata ni.duk nyusukn hafiy,skali hasif dtg dgn tab dia suruh ibu bukak lagu dia.skali dia baling tab kena kepala adik dia.luka......ambik adik pujuk.ltk adik kejap.mulut dgn tgn skali jln pukul hasif.bkn nk pilih kasih,bkn tk syg.cuma nk ajar dia sikit.kepala bby kn lembut lg.risau jd ape2 je.mmg tk blh leka sesaat pn skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul mimah.. bukan tak sayang tp nak ajar.. bukan pukul truk pun... lepuk sikit je... tp tu la.. bila rapat cmni, kena bg tumpuan lebih.

      Delete
  4. Ya Allah naik bulu roma baca...dua beradik baru nak kenal dan belajar...kesiankan si adik...kesiankan si abang....mommy kena kuat ye...

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang sama jer kes dua beradik nie...smlm mama pening kepala so tido awal...papa tgh solat, kemain budak dua org nie bergaduh...abg belasah adik kaw2 punya sampai muntah2 adik dibuatnya....memang risau klu nak biarkan dua beradik nie main....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya bila hafidh dgn harris dah besar, cmni gak dorang.. huhuhu

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers