kbba

Latest Posts

Lewat 2 week

By 10:32 AM , ,

As salam...

Semalam hari yang tak ceria.
Harris demam.
Memula muntah dalam kereta.
Lepas tu muntah kat tempat tidur.
Harris ni, senang sangat muntahnya.
Dulu masa baby, asal bau perfume mummy je, muntah.
Akibatnya mummy stop pakai perfume sampai Harris setahun.

Tapi, bukan nak story mory pasal perfume.
Cuma pasal mummy.
Lin dah lewat datang bulan 2 mingggu.
Kalau dulu, lewat sehari je lin dah sibuk p watson beli urine test.
Tapi, this month lin tak nak beli.
Tak nak membazir, mahal wooo...
Baik g makan kat Papa rock.

Dalam masa 2 minggu tu, susu ok je tak drop pun.
Sintom period pun tak ada.
Risau gak. Cuma perut je nampak buncit.
Mungkin pas period kempis la kot.
*ada yek camtu?*

 Asal pergi mana2 semua orang tegur.

" Eh mengandung lagi ker?? " 

stress joyah nak jawap dah! 



Tapi, hari Ahad aritu, akhirnya terjawap sudah.
Period menjelma.
Risau gak kot2 mengandung lagi ke kan..
Baru aku nak planning nak dapatkan girl.
Kalau mengejut tak sempat planning nanti.
ihihih...

Tapi, akibat dari lewat 2 minggu tu, hormon dalam badan macam tak berapa nak stabil da.
Mood swing.
Malas tak osah cakap la.
Dari hari isnin sampai rabu dapur tak berasap.
Umah tak berkemas.

Dah rasa macam demam tak demam je.
Harris pula meragam sebab memang demam.
Aku rasa macam.....................................................................................................




tak tahu nak rasa apa.
Nasib D tak merungut apa2.


Pagi ni, lauk harris tak ada.
Sorry dik, mummy tak larat nak masak.
Semalam dah keluarkan ikan,
tapi tak jejak dapur lepas tu.
Badan ni lemah je.

Mungkin nak start amik supliment balik la.
Dulu minum fereena.
Tapi, dah stop sejak awal tahun aritu.
Ada benda lain nak focus.
Tapi, pasni mungkin akan amik semula.
Tapi yang pasti bukan pill.
Sebab aku memang culas kalau makan pill.
Masa preggy pun sama.
Sampai obimin tu, berlambak2 tak makan.

Semoga hari ni, aku dapat kekuatan baru.
Nak siapkan kerja.
Nak kemas rumah,
Nak lipat baju.
Nak prepare birthday Harris lagi sabtu ni.
Banyak kerja.
Yang penting FOCUS satu persatu.

yang belum preggy lagi,
mummylin

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. Jangan stress2..nanti lagi swing mood tu.hehe

    ReplyDelete
  2. Haha..
    Mood mls ni kdg2 mmg dtg la leen..
    Klu rajin tu rajin sgt tau

    ReplyDelete
  3. nak nik tolong ke?


    mmg.. nik pun selalu je kena mood swing tu
    mmg siap
    sufiyyah tumpahkan air pun boleh menyinga..


    bolehla try ephyra.. (walaupun nik tak guna ephyra..heheheh)

    ReplyDelete
  4. ingatkan abang2 handsome tue nak dapat adik...biasa la lin time period nie la akan bad mood...

    ReplyDelete
  5. hahahaha..ika semalam pon cuak juga,tetiba susu yang sekali pam dapt 8-9oz drop dapat 2oz...alamak!xkan preggy kot?tapi upanya tengahari 2 period muncul.Alhamdulillah :) Planning itu penting kan sis :)

    ReplyDelete
  6. ingatkan ada yg ke3 dah lin oii.. huhu.

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers