Superheroes theme birthday - Backdrop and Photo Booth

As salam...

Ok, nak cerita pasal backdrop sangat, tak banyak pun.
Yang ada cuma tulisan nama Harris dan Backdrop bentuk building tu je yang ada

Tulisan tu, aku google je.
Sekali dapat full alphabet. A-Z
Aku pun edit letak nama Harris.
Senang kan.
Dah kerja aku dengan photoshop, senang sikit la.
Pastu, print.

Backdrop tu pula,
Aku beli foam board, dan aku print building tu, on paper.
Pas tampal, aku cut ikut shape.
Senang jugak kan... kikikik
Dah suntuk, buat je la apa yang ada.


Ok, before tu, nak share sikit la.
Di sebabkan aku malas nak buat kat dewan bawah.
Aku decide nak buat kat rumah je.
Dengan harapa rumah aku tak hancur berkecai.
Buat besday budak, mesti la ramai budak yang datangkan.
Plus aku malas nak angkut segala mak nenek bawak kebawah.
Nanti hilang lagi haru.

semua harta karun aku angkut letak sebelah sliding door ni.
Pelampung pun ada. Tapi, kolam xde... ngee~~
Tengok si adik... amboi... join sekali la tu

Bila rumah kecik macam rumah kami ni nak buat majlis, kena la plan elok2.
Aku devidekan area makan, dan area tengok tv+ main budak2.
Tak ada mainan nanti boring pulak dorang.
So, aku angkut semua mainan dalam bilik, aku letak kat luar.
Dalam bilik tak ada la sepah.
Mak bapak sendiri pun leh je pantau.
Kurang sikit kerja mengemas aku.

Ruang TV yang bersebelah dengan ruang mainan.


Rumah apartment macam kami ni, dapur area depan.
Kiranya korang tak payah lalu banyak area.
Terus je sampai dapur.

Macam gambar kat bawah ni, Pintu dark grey tu, main entrance.
Belah kiri tu, dapur come lote kami.
So, Semua food letak in between.
Kat situ la aku tepekkan nama harris dan backdrop building tu.
Aku rasa klu banyak masa, lagi meriah backdrop tu.
Huhuhu...



Belah kanan aku display photo booth punya prop.





Yang ni, kawan aku buatkan.
Dia memang buat service party kit ni.
Harga berbaloi la.
Seni dia memang tinggi.
Korang tengok kat page dia ni ye.
http://byqistinaali.blogspot.com/

Aku tambah gambar2 harris kat bahagian atas tu.
Lepas tu, bawah setiap gambar, korang boleh wish.
Tapi, aku lupa nak bagitahu...
So, bila da petang baru la aku terhegeh hegeh suruh sepupu sepapat tulis wish kat situ...
=D
Bijak kan mummy korang ni.

Ok, Meh layan gambar.
Jangan lupa, sapa nak sambut besday kids, nak backdrop ke, photo booth ke,
Roger Qistina ok. Mention nama aku. ALLENE
Confirm dia bagi harga kasih sayang.
Bahahaha....

Zoom sikit...
Ni la rupa photo booth yang kemas, dan tak terusik lagi.
Frame gambar tu, sempat gak aku g beli.
tambah gambar outdoor photoshoot aritu.
Bila aku berselfie dengan photo frame ni. Anak buat donno je. grrrr... 


Budak2 memang suka la benda2 camni kan
teka sapa saya?
Anak bujang yang dah pandai nak bergaya.
Topeng flash
Spiderman
Batman
oh.. ni da besar pun nak main2 gak
Ni ratu photo prop. Semua dia try dan suruh pokde dia snap. ihihih ..
cmni pun boleh kan.
Batman amik turn nak tangkap gambar
SUPERHEROES BIRTHDAY BASH
Kalau nak tengok backdrop theme mickey kat link ni ye.
mickey theme
Ni theme masa besday Hafidh dulu.

Thank you.

Yang menurut perintah
allene






Post a Comment

4 Comments

  1. Meriah sangat walaupun simple je sis..yg pntg meriah tu la bg akk..

    ReplyDelete
  2. nyesal pulak tk bwk hasif je.tinggalkn adik ngan nenek dia hrtu...klu tk hasif blh bkwn.+ dia mmg sgt2 suke tgk props2 superhero ni...mau dicilok props auntie Allene buat ni..his fav spiderman

    ReplyDelete
  3. bagi i takesah apa theme pun yang penting the kids enjoyyyy.. sebab diorang yang diraikan heheh. nice theme btw. salam kenal dear

    ReplyDelete
  4. happy birthday haris..smg jadi anak yang soleh..aamiin

    ReplyDelete