Wedding si causin

As salam 

Lama dah dalam keluarga besar aku tak buat kenduri kahwin. 
Sepupu sepapat tengah berlumba pilih tarikh nak kahwin. 
Dah musim kan. 
Umur pun tak jauh beza masing2.

Tapi tu la, aku dah anak 2. 
Bila pergi wedding sepupu sepapat ni, tu kelek anak je la. 
Lagi event terbuka macam ni kan. 
hafidh pun tak boleh nak lepaskan sangat.
Kang dia lari, pergi main kat pelamin, naya aku.

Dia tu, berkenan je dengan pelamin. 
Bunga la di usik.
Pasu la. 
Risau aku. Terjerit2 panggil dia. 

Sepupu yang latest kahwin ni, anak mak lang aku. 
Lama da tak jumpa dia. 
Dia duduk kat sabah. Askar.
Bila dia nak kahwin, terus mintak tukar semenanjung.
Rezeki dia. Terus dapat. 
Senang la nak jenguk family dia nanti. 

Pasangan dia pula  seorang ustazah.
Dari melaka.
Semoga kalian bahagia till jannah. 
 
Kerdil nya aku kan... heheheh
ni suku je dari family aku. Yang lain malas nak join.
Ada gak gambar. Ni pun makcik aku yang tangkapkan. Aku nak pegang kamera memang tak la. Busy dukong anak je.

Post a Comment

2 Comments

  1. kita ni kalau x terjerit2 panggil anak mmg x sah kan.kdg kdg naik malu rasanya.hahaha.sabo jelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ra.. dah macam mak singa pun ye... bahahaha

      Delete