Bahaya buaian

As salam...

Korang ingat tak, masa Harris masuk ward dulu, lin ada cerita prof yang handle kes Harris larang keras lin gunakan buaian untuk tidur kan anak. Ingat tak?Nak bagi link, tapi server slow plak...

Memula tu, lin memang nekad la tak nak guna buai terus. Tapi, di sebabkan masa, kerja... memang tak sempat la nak golek2 tidur dengan anak. Kalau masuk buai, lama dia tidur dan kita pula boleh sambung buat kerja lain. Kalau baring join dia tidur memang tak menjadila kan semua kerja rumah.

Tapi, sebenarnya memang kita tak patut pun pakai buaian. Terutamanya buaian electric. Selain dari risiko anak jatuh buai, buaian juga boleh menyebabkan gegaran otak pada bayi dan menyebabkan pendarahan. Allah... takut dengarnya.

Tapi serius, pagi ni lin tengok FB, ada sorang tu pos kawan anak dia tenat kerana buaian electric.
Peringatan untuk kita. Itu nasib dan bahagian dia. Kita dah tahu, dah nampak pengajarannya tak payah la guna buaian lagi. Lagi2 yang electric.



Harris sendiri banyak kali jatuh buaian. Tapi, buat masa ni nasib dia baik lagi. Next.. next... dan nextnya... kita tak tahu. Takut pula bila bayangkan.

Prof tu kata, terlalu banyak kes kanak2 yang di sebabkan buaian. Sebab tu la dia larang keras semua parent patient dia guna buai.

So mommies, buat masa ni korang fikir2 kan la ye. Mana 1 jalan yang dipilih. Now, malam Harris terus tidur bawah. Dah tak masuk buai. Sebab dia dah boleh bangun dan duduk dalam buaian. Sangat bahaya. So, lin akan tidurkan dia dulu sebelum sambung buat kerja rumah. Pengorbanan yang tak seberapa dari mummy yang sibuk bekerja.

kes dari FB: source

salam ramadhan

semalam jumaat,sy brkesempatan pg melawat ank sahabat yg brtaruh melawan kesakitan akibat pendarahan dlm kepala,
puncanya adalah buaian lektrik,or gegaran yg kuat di kepala.
skrg ank kecil itu trpaksa tebuk 2 lubang utk kuarkan darah dlm kepala tu
sesgt trharu melihat keadaan adik che nor muhammad afiey.arap ank kecil kuat dan cepat sembuh seperti kanak2 lain.

naluri seorg ibu terasa sehingga mengalir air mata tgk kesakitan afiey.

p/s:moral of story,elak kan buai lektrik dgn mode max and trlalu lame buaikan
sygi amanah Allah ni.


sayangi anak kita,
elakkan guna buaian.

love, allene





Post a Comment

6 Comments

  1. dua2 anak sy x pernah biasakan dengan buai.. dari kecik ajar tido sndiri je sbb sy memang tau yg buai tu bahaya.. huhu..

    ReplyDelete
  2. daku mmg tk guna buai, walker & pacifier utk anak...sbb daku tau keburukan lebih byk dari kebaikannya

    ReplyDelete
  3. erkkk aku aku aku guna boyan...adeh camno nihh!!! takutnyerrrrr

    ReplyDelete
  4. 2 anak ciknaa pakai buai.. harap sangat takde pape buruk berlaku..

    ReplyDelete
  5. buai dh xpakai dh sekarang ni anak2 tdo bawah ketiak..nk peluk ja..

    ReplyDelete
  6. semoga dipermudahkan setiap usaha kita dalam menjaga anak2

    ReplyDelete