kbba

Latest Posts

#Buntu

By 11:55 AM

As salam...

Aku tak tahu kenapa hari ni, otak aku bercelaru.
Nak kata penat sangat... entah la.
Pagi tadi, D yang prepare sahur.
Aku malas.
Entah apa yang aku malaskan pun entah la.
Dengan anak, serupa singa.
Asyik nak menjerit je.
Apsal yek.
Lagi syaitan kena ikat, lagi perangai serupa kena hasut.



Dalam otak ni, ada 1001 benda aku nak buat.
Sampai aku tak tahu nak start yang mana dulu.
Semua penting.
Semua benda aku fikir.
Sampai aku rasa semua benda penting.
Semua aku kena buat dulu.

Tapi, dalam masa yang sama, aku jadi sensitive.
Mudah terasa hati.
Mudah tersinggung.
Walaupun bukan untuk aku, aku jadi tersinggung gak.
Baca komen orang, aku terasa.
Baca status orang, aku terasa.

Apakah itu petanda aku kena nyah kan diri dari semua benda ni???
Aku buntu.
Serius aku buntu.

Aku create blog bukan untuk berbusines...
Bukan untuk mencari kenalan...
Tapi, untuk meluahkan apa yang aku rasa.
Semua untuk aku.
Aku tulis.. kamu...kamu... nak baca baca la.
Aku tak kesah.
Kalau aku kesah, aku boleh privatekan blog ni.

Aku bercerita tentang aku.
Bukan tentang kamu.
Melainkan aku menulis nama kamu.
Mungkin kamu terasa. Aku tak pasti.
Yang pasti, aku bukan tujukan untuk kamu.

Aku dah tak pasti, apa yang aku bebelkan.
Yang pasti, itu yang berlegar kat otak ini.
Yang pasti, ianya asli dari aku.

Kalau rasa terbeban....
Jangan baca.

aku tetap aku,
allene

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. sabar lah alin.. org mcm tu mmg ramai

    nik pun penah kena
    langsung malas nak blog dah
    kang tulis kang terasa
    kadang benda tu bkn nak cakap die. tapi sebab die tacing
    kite pun xtulis..
    alahaaii
    sedeih..


    sabar k..

    and take ur time
    kita manusia
    isteri
    bukan robot

    nik pun sekarang asyik menyinga je dgn anak2
    huhu
    rasa bersalah bila tgk wajah mereka time tido or senyum..
    ikhlas sangat
    kita?
    sabar ye alin.
    kita wanita besi kan =)

    ReplyDelete
  2. Kenapa sis..semoga ok2 aje ye sis..selamat brpuasa ye sis

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers