kbba

Latest Posts

Cuti bersama superhero

By 12:47 PM , , , ,

As salam...

Semalam cuti public holiday.. korang buat apa?? mesti sibuk shopping raya kan. Huhuh.. untung ler.. Aku duduk rumah mengemas. Sapu, mop sampai sakit pinggang. Huhuh....

Anak2 makin besar, makin besar la kapau umah aku. Ehh.. korang tahu tak kapau tu apa?? mak aku selalu sebut, so aku pun ikut la. Kapau tu, bersepah. Aku tak tahu la bahasa mana. Indon kot. Hohohoh.. aku kat darah campuran... pffttt...

Lepas siap mengemas, aku tidur kan Harris. Keletihan, dengan aku sekali tidur. Hohohoh.. best wei.. amik kesempatan. Aku ingat aku sorang tidur, rupanya D pun tidur dengan Hafidh kat depan.

Aku kat dalam bilik dengan Harris. Budak baik ni, tidur kena kat bawah + tutup pintu. Kalau ada orang kang susah hati dia nak tidur. Before tidur, aku biarkan dia main sorang2 dalam bilik tu. Siap masuk bawah katil. Issshh... pastu, tak reti nak keluar.. Nasib baik la mummy sapu bawah katil tu nak oiii.. kalau tak, penuh la dengan habuk. Tak pasal2 sakit kang. 

cari mana Harris.
Bila dah terjaga dari tidur, harris dengan hafidh sambung main kat living, tempat aku dah kemas. Adoi.. macam2 ragam hero ni. Memanjat tu, memang perkara biasa la. Kalau jatuh pun, aku dah tak ada suara nak menjerit. Heheh... Dah lali dah hero tu. Perhatikan je la. Jangan sampai si abam tolak adik plak.

Duduk rumah ni, lagi penat dari kita bekerja. Huhuh... Tapi, moment duduk rumah tu la yang best. Dapat tengok anak2 depan mata gitu.. :P

Ok la.

sekian, 
allene


You Might Also Like

0 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers