kbba

Latest Posts

Dugaan Ramadhan untuk mereka dan islam- #GazaUnderFire #GazaWillNeverGoDown

By 12:21 PM ,

As salam...



Ya Allah... 
Besarnya dugaan mereka. 
Hilang keluarga... 
Hilang anak...
Harta tak perlu diperkatakan lagi la. 

Bukan mereka je yang terasa. 
Kita sesama islam juga terasa. 
Walaupun hanya boleh melahirkan rasa simpati sesama islam. 
Kita yang sesama islam punyai senjata yang paling kuat. 
DOA. 
Jom kita sama2 berdoa agar Palestin kembali aman. 
Tiada lagi nyawa yang melayang. 



Umat Islam yan beriktikaf dan bertarawih di Masjid Al Aqsa bertakbir apabila mendengar bunyi roket Al Qassam mengenai kawasan Al Quds yang kini dijajah Israel. Mereka melaung-laungkan janji setia mempertahankan Masjid Al Aqsa.
Allahu akbar! Bir ruh bid dam, nafdiki ya Aqsa! Dengan nyawa dan darah, kami pertahankanmu wahai Al Aqsa!

source


Palestine dibom lagi. 7 bayi syahid, 30++ cedera. Allahul musta'an.
source





Untuk Renungan Bersama - Please Share

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........


source  


Assalamualaikum Wbt.
Mohon disebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga kita semua. Mari bersama-sama kita ringankan beban saudara kita. Kongsikan di laman fb anda, rakan-rakan Whatsapp dan semua medium yg ada.
Aman Palestin Bhd:
Sehingga pagi ini, mengikut laporan Kementerian Kesihatan di Gaza, 24 rakyat Palestin syahid dan 200 cedera akibat serangan zionis israel.
Israel telah melancarkan serangan terhadap kediaman awam, masjid serta hospital dan telah menyebabkan kemusnahan total 40 buah rumah di Gaza.
Penentangan hebat dilakukan oleh mujahidin di Gaza telah membunuh 7 org askar zionis dan seorang telah ditawan.
Komando Amfibia Palestin telah sampai ke Israel melalui jalan laut buat kali pertama dan menculik askar Israel.
Roket-roket Al Qassam telah berjaya sampai di Tel Aviv Israel dan menyebabkan bandar utama Israel tersebut lengang dan penduduk Israel bertempiaran menyembunyikan diri. Media Zionis melaporkan 5 juta rakyat Israel kini tinggal di dalam bunkers perlindungan.
Teruskan berdoa utk kemenangan umat Islam..

Untuk sumbangan ke Tabung Kecemasan Gaza 2014
Aman Palestin Bhd
MBB 562263010787
BIMB 12029010047880
CIMB 8600460353
RHB 21245760004907
BMMB 12070005133717
Tarikh: 9 Julai 2014, 12tghri
source






Banyak lagi gambar2 yang tak sanggup aku nak tatap. 
Semoga mereka yang kejam mendapat balasan yang setimpal. 
Ingat, senjata kita adalah DOA. 
Marila kita berdoa agar segala yang terjadi di berhentikan segera. 
Dan derma la untuk mereka yang memerlukan. 


salam ramadhan, 
allene
 

You Might Also Like

1 leave a massage here...

  1. Sedihkan.. smuanya bgai dirancang.. dlm bln mulia ni mereka diuji. Lg sedih demam piasa dunia ni seakan m'tegelamkan jeritan mrk di Gaza

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers