Hafidh gunting rambut

As salam...

Korang, aku ni malas nak gunting rambut si Hafidh ni. Tapi, kena guntung gak. Biasanya suami husband bs yang guntingkan. Tapi, dia gunting ala2 komando punya style. Huhuhu aku tak suka. Hafidh nampak lagi gemuk dan ganas. Tak mo.. tak mo...

So, aku decide... #ececeh... aku kan pegang kuasa kat dalam rumah buat keputusan pergi gunting kat kedai je. 
Nak suruh D pergi bawak hafidh sorang memang tak la. Jadi, lepas shopping semalam, aku suruh dia pergi bawak g kedai gunting rambut. 

Aku tunggu dalam kereta melayan si Harris. Aku toleh belakang, tengok D dah duduk kat kerusi, dan hafidh atas pangku. Senyum lebar aku. 

 
Lepas tu, aku toleh kali kedua aku nampak D dukong Hafidh dan terus masuk kereta... APAKAH??? 
Aku terpinga pinga. Rambut tak potong lagi. 
Pastu D bagitahu Hafidh menangis tak nak kena gunting. Bila orang tu balut dengan selimut tu je, terus mengamuk. 

Adoiaiii... apa lah si abam ni. Yang D plak memang takkan pujuk, sebab dia tak mo potong rambut hafidh.. dia kata cantik.. huhuhuhu nak raya ni, biar la kemas2 sikit... sob..sob... 
Raya tahun ni, rambut panjang la korang 2 beradik... Nanti klu tak encem, salahkan daddy korang ye. Huh.. mummy merajuk lagikkk... 

allene

Post a Comment

0 Comments