kbba

Latest Posts

Muhasabah diri

By 2:59 PM , , ,

As salam...

Aku ni, kena selalu biasa muhasabah diri...
Kalau tak, boleh jadi lupa diri.
Muhasabah diri ni, macam sedarkan diri...
Antara kita sesama manusia dan antara kita dengan-Nya.

Nak kata bagus tu, tak la...
Tapi, betul la.
Bila kita sedar kat mana kita.
Terus rasa...
ALLAH... kerdilnya hambamu ni.

Tadi, ada terbaca sorang kawan pos benda ni kat FB.
Aku sempat save.
Tak sempat nak parking kat FB.
Nanti orang meluat pula asyik pos benda je.
Aku sedar diri.. Bukan semua orang suka kita.
Apa yang aku pos pun, mesti ada yang bunyi.
Sumbang atau merdu, aku tak pasti.
Yang pasti, aku sedar diri.
Siapa la aku.
Walaupun pada hakikatnya peduli apa, itukan wall aku.
Tak suka korang boleh hide or block je aku.



Kebetulan, sekarang ni hujan.
Aku tetiba nak berdoa.
Semoga diperkenankan

Dalam saat berdoa... hati tetiba jiwa tersentap!
Allah.. lamanya tak bersujud lama macam tadi.
Aku beruntung... beruntung lahir dimalaysia.
Aku beruntung... beruntung menjadi muslimah.
Aku beruntung... beruntung menjadi ibu kepada anak2 ku
Aku beruntung... beruntung menjadi isteri kepada dia.
Aku beruntung... beruntung menjadi anak kepada mereka.

Benda mudah yang aku selalu lupa...
Kadang aku pertikaikan.
Kenapa aku kat sini???
Kenapa aku dengan dia??
Kenapa aku??? kenapa aku????

Bodohnya la aku...
Kenapa aku fikir macam tu?
Kenapa lambat sangat aku sedar???

Semoga aku mendapat hidayahMu ya Allah....

Mungkin jawapan untuk #buntu semalam dah terjawap.
Allahu Akbar..!!!



You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. isyallah lin mohle kita sesama muhasabah diri.
    ampun maap lin kalo tersilap tutur kata.

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers