kbba

Latest Posts

Resepi Mee Kari mudah dan sedap

By 11:32 AM , , ,

As salam...

Mee kari, sedap je bila kita makan kan. Tapi, bila nak buat macam malas. Macam tak tahu je. Tapi, padahal punya la senang buat mee kari ni oiii... Yang penting bahan2 cukup. Itu je.

Korang pernah masak kari?? Tak pernah pun tak apa. Sebab aku masak kari pas kahwin. Itu pun teringin sangat dah tekak ni. Lama2 sedap pulak aku rasa kari aku. Heheheh...

Untuk pengetahuan korang, ini 1st time aku masak mee kari. Dan ianya menjadi. Aiigoooo... Aku pun rasa macam sedap je.. :P Ok la, meh aku share cara aku buat mee kari super simple.




Bahan2: 

#Mee kuning - 1 bungkus

*Bawang merah - 1/2 biji
*Bawang putih - 3 ulas
*Halia - 1/2 inci

Serbuk kari (bancuh dengan air)- 5 sudu besar
Santan M&S - 1 kotak kecik
Kerang/sotong/udang/Ayam - ikut banyak mana nak
Fishball - 1 paket
Tahu (yang kering tu) - 1 paket

#Taugeh
#Daun sup
#Cili merah
#Sawi
Limau kasturi
Bawang goreng

Cara2nya: 

Tumbuk bahan yang bertanda *

Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga garing.
Masukkan air bancuhan serbuk kari.Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan Kerang/sotong/udang/Ayam dan fishball kacau rata.
Masukkan santan dan air. Kacau sehingga masak.
Jangan lupa masukkan garam juga.

Hidangan: 

Celur mee kuning dengan air panas.
Celurkan semua bahan bertanda #



SIAP!!!...


Kali ni ada gambar.... tapi quality gambar hancur. Bahahah... Excited, festime buat.


Ok selamat mencuba. Senang je ni. Aku je baru tahu. Bahahah...

allene


You Might Also Like

3 leave a massage here...

  1. Allene....julia pengemar mee kari tau...paling sedap julia pernah rasa di Teluk Cempedak Pahang...perghhh ada resepi ni...rasa nak cuba la buat...buat sendiri puas hati kan makan Allene...sedap yer...takpe gambar gegar sikit tp ada kenangan :)

    ReplyDelete
  2. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. COPY MINTA HALAL.. NAK SURUH WIFE TRY BUAT.. ASIK2 BELI . NI KALI TRY BUAT SENDIRI PULA..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers