kbba

Latest Posts

Resepi mudah tomyam seafood

By 9:08 AM ,

As salam....

Aku jumpa resepi mudah lagi... weayyyy...

Pejam mata pun boleh masak. ohohoh. Aku tengok resepi ni, kat cerita Azam ramadhan su. Huk aloh.. senang rupanya. Tak payah susah2. Tinggal rebus2 je semuanya. Tapi rasa dia, kurang sikit la dari kedai tomyam. Kat kedai tomyam tu pure punya. Kalau dapat buat camtu, menangis korang makan. Sedap sangat.

Adik ipar aku siap pesan, jangan masak pedas2. Loooorrrr.. aku beria ia nak buat kaw..kaw punya. Alih2 da ada permintaan. Tak pe, la. Kang pedas aku sorang je pula yang makan.

Ok jom layan jup.

Bahan2nya: 

Pes tomyam - 1 paket

http://rohaisha.blogspot.com/2012/10/ayam-tomyam.html



Sotong
Udang

Bawang holand - belah 8
Kubis bunga
Lobak merah
Serai 3 batang
Daun limau purut
Cili padi - 5 biji belah tengah
Tomato - belah 8
Daun sup

Cara2nya:

Rebus sotong dan udang. Sebaik2nya, udang rebus berasingan. Sebab udang manis. Takut rasa pes akan berubah. Tapi, aku bedal je. 
Setelah air mendidih masukkan pes tomyam. Kacau rata.
Masukkan bawang, serai, daun limau purut, lobak merah , kubis bunga dan cili padi.
Masukkan garam dan bahan perasa.

Siap masak, masukkan tomato dan daun sup di tabur atas tomyam.
Hidang.
Senangkan. Hohohoho...

http://fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/2009/09/tom-yam-seafood-ayam-goreng-kunyit.html

Semua gambar aku amik kat blog orang. Tapi, aku dah bagi backlink da.
Try la korang. Ni pestime aku masak tomyam. Hohohoho. Selama ni, aku tak peduli pun macam mana mak aku masak. huhuh... kijam ini anak.

Selamat mencuba. 

allene



You Might Also Like

3 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers