kbba

Latest Posts

Resepi Siakap 3 rasa yang mudah

By 11:47 AM , , ,

As salam...

Aku ni, kalau resepi mudah senang, serahkan kat aku. Aku cuba la. Tak salah pun.
Nak masak resepi takut2 je, nak bagi laki aku rasa. Dia kalau komen menusuk kekalbu oit...
Kadang2 sentap sampai mogok tak mo masak dah. Tapi, mengenangkan azam ramadhan allene, ku gigih gak. Bahahah...

Ok, Aku google resepi siakap 3 rasa ni semalam. Semua resepi agak rumit. Nak guna sos ikan bagai la... nenas la. Aissshhhh... malas aku nak beli. Pakai sekali, pastu tunggu expired time je. Then, tong sampah jua destinasinya. Kot nak masak Siakap 3 rasa selalu. Hilang la special tu.

Ok, dipendekkan cerita merapu aku, jom start tengok bahan2nya.


Bahan: 

1 ekor ikan siakap sederhana size.

1/2 biji bawang holand dipotong dadu
3 ulas bawang putih di ketuk
1 inci halia dihiris halus
1 batang serai di ketuk
3 helai daun limau purut disiat
1/2 biji cili benggala di potong dadu
5 biji cili padi di belah 2. *ikut korang nak pedas mana
1 biji tomato

4 sudu besar sos cili *nak lebih pun boleh
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa.

Daun sup dan daun bawang. * untuk hiasan, tak ada pun ok

tepung jagung,garam dan lada sula untuk digulkan dengan ikan


Caranya: 

Goreng ikan dengan minyak yang banyak dan betul2 panas.
Tos dan letak ketepi.

Tumis bawang holand, bawang putih dan halia sehingga garing.
Masukkan serai dan daun limau dan cili2. Kacau rata.

Masakkan ketiga tiga sos dan kacau rata, letak garam rasa sikit.
Garam jangan banyak, sos tiram tu dah masin.

Bila dah hampir masak, masukkan tomato dan gaul.
Siap.

Curah atas ikan siakap.
Ok, time to EAT....

Gambar tak de ye adik2... akak2... HP ku rosak. Kamera digital lagi la tak ada. Aku kan orang susah.. :P


Selamat mencuba, 
Allene


You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. teringin nak buat..tp nk kena cari ikan siakap la...
    susah nak cri area umah akk tuh..

    ReplyDelete
  2. resepi simple2 mmg feveret ni..
    almaklum.masak dah la x teror, pemalas pulak tu..
    sila share resepi2 yg simple2 lg pasni..
    amat dihargai.hehehehe... ;D

    ReplyDelete
  3. wahhhh mudahnya resipi nie... insyallah boleh la rai mencuba nanti.. terima kasih lin sebab share

    ReplyDelete
  4. Kalau tak pakai halia boleh tak? Pasal kat rumah takde halia, nak beli pun malas... 😄

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers