Simple menu for berbuka puasa - sawi masak lemak

As salam...

Hi korang masak tak? Bahahaha... ngelat sangat ye. Sama macam aku. Tapi, tak ada niat nak mengelat pun. D la. Baik hati nak belanja makan luar, lepas tu semalam dia ajak berbuka di Bangi pula. Tapi!!! aku still masak untuk sahur. Dan mengunakan menu yang dah dirancang.
Tak nak la serabut kepala fikir nak masak benda lain. Senarai menu dah ada. Ikutkan je.

Ok, untuk pagi tadi, lin masak sawi batang putih *aku tak tahu nama lain* masak lemak.
Memula takut gak nak masak lemak2 pagi2 ni kan. Takut tekak tak boleh terima.
Tapi, bila ada sampingan yang lain, ikan masim... sambal belacan... sambal goreng ikan bilis... 
Waduhh... berselera aja. D siap tambah ok. Aku pun nak tambah gak. Tapi control... Huhuhu tak nak la raya badan macam orang tak puasa kan. Agak2 je makannya.

Ok jom share resepi mudah ni.

Bahan-bahannya: 

2 ikan sawi batang putih
1 kotak santan M&S (yang paling kecil tu)
Suku bawang merah / holand
Sedikit ikan bilis.
Air kosong

Cara-caranya:

Tumbukkan bawang merah dan ikan bilis (tak payah lumat sangat)
Masukkan air dan santan. Ikut banyak mana sawi korang, ke dalam periuk.
Masukkan sawi dan bawang yang di tumbuk tadi.

Kacau atas dapur sehingga masak.

Tada...... siap!!!


Ok, kalau nak sedap korang leh campur udang. Errmmm baru lagi terangkat bila makan dengan sambal belacan dan ikan masin kan...

Ok, cuba la. Senang dan sedap. Garam jangan lupa. Aku hempuk kang.

salam ramadhan,
allene


Post a Comment

1 Comments