kbba

Latest Posts

Kerja tanpa Boss

By 10:42 AM ,

As salam...

Hari ini, bermula la hari bekerja tanpa boss.
Huhuhu...
Bos aku last day semalam.
Eh.. bos boleh berhenti kerja ker???
Boleh... kalau boss kecik.
Hihihi...

Boss merangkap design manager kami.
Dia la yang banyak berurusan dengan segala dean dan client.
Bukan senang nak layan kerenah mak2 datin bajet diva tu...
Fuhhh... perangai ketwat bebenor...



Dia la yang memula wujud di Interior Design department ni.
Aku orang ke-4. Antara yang awal ok...
Sekarang dah 4 tahun aku kat sini.
Macam tak percaya.. ini la kerja aku yang paling lama bertahan.

Dapat boss yang suka back up staff...
Tak pernah tengking2 dan marah...
Sapa tak nak kan.
Sebab tu la aku lama kat sini.
Nak ikutkan... gaji tu, tak ada la best sangat.
Tapi, environment kerja tu yang buat aku selesa.
Tak pernah tension or nak balik lewat.
Cuma mungkin adalah sehari dua yang buat mood swinggg... kelaut.
Normal lah kan...

Aku ingat lagi... saat datang interview...
Bersemangat ok. Walaupun aku tercungap cungap parking kereta kat bukit...
Tapi, lepas je interview aku rasa legaa dan resultnya positive.
Otw balik, boss aku ni siap text aku dan cakap dia suka semua work aku, dan berharap aku kerja dengan dia.
Terus kembang setaman... nasib baik aku kurus masa tu...

Tak lama lepas tu, aku dapat call dan diterima bekerja.
Siap offer gaji lebih dari aku mintak.
Itu memang kenangan indah la kan.

Dari zaman bertunang, sampai anak 2 aku kat sini.
Selesa dengan kerja yang tak membebankan.
Dapat berblogging.
Dapat berFB.
Kerja tanpa tekanan.

Agak2 pasni apa je jadi???





Aku redho je sekarang ni. BOss dah tak ada.
Boss baru pun tak ada.
Agak2 aku stress kerja kat sini.. aku adiosss carlosss la kan...

Apa apa pun.. aku harap dia berjaya dalam apa jua bidang yang dia cuburi.
Dan doakan aku boleh survive kat sini dan doakan aku dapat better offer dari sini... ehh??? 
Ok la.. nak sambung kerja.. kerja bertengkek tengkek ni...
Aja2 fighting!!!

Oh.. before terlupa.. jasa boss yang paling aku kenang dan tak kan lupa sampai bila2... dia la insan yang mengajar aku software 3D max. software yang tak semua orang senang untuk belajar. Dan walaupun laki aku reti 3D max ni, dia pun tak leh ajar aku yang sengal2 unta ni. Huhuhu.. TQ bos..
Pasni matik la I kena buat 3D sorang2... nangis bila orang kutuk 3D pasni.. huaaaaa.....




 aku yang mengantuk
allene

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. Seronok bekerja diruang yg sangat kondusif dan persekitaran yang enjoy...itu sebab gaji kita letak di tempat kedua dear...julia pun pentingkan kerja yang aman damai...tanpa tekanan teruk...so bila kita happy, automatik nak buat kerja pun bersemangat...wauuuu teringat time interview...mesti kenangan habis kan dear... :)

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers