kbba

Latest Posts

Raya kami family #imladyadie 2014

By 2:58 PM , ,

As salam....

Raya 2014 biasa2 aja.... Tak meriah mana pun. Yelakan... dah berlaku tragedi sebelum raya. Nak raya sakan memang tak lah. Huhuh... Tak pe, raya tak perlu sakan pun. Biar sederhana.



Baju Raya

Bab baju raya, warna tema tahun ni Dark grey. Kebetulan FIL dan Family lin sendiri pun grey gak. Kalau kumpul2 memang seragam la warnanya.

Baju lin, beli kat Zalora je. Murah je. Bukan yang rege beratus tu. 100 pun tak sampai.
kohkoh... Aku kan penjimat. No bazir2.

poyonesss!!



Baju D, beli kat Jakel. Aritu jual mahal tak mo baju Aaron Ajis... pastu, offer dah abis.. terhegeh pergi jakel lagi. Tak do la nak beli beratus tu kan.. Last2 amik Zizan Rajak pula. Huuhuh.. Warna out sikit la. Jadi warna silver. Sakit hati wei... lari tema daddy deme ni. >_<'

Baju budak2 biasa la kan dah settle. Jekel mari gak. Senang. Tak payah pusing jalan TAR. Pening aku dengan kerenah hero2 ni.

Dengan family in law
My family
belanja gambar aku 1!!


Kueh Raya

Jujur aku buat 1 je kueh. Sila jangan gelak. ohhohooh... Aku buat popia nestum je. Tu pun sebab tak perlukan oven. Kalau buat popia nestum tu perlukan oven memang tak la aku nak membuatnya... sobb..sob... Next year nak masuk list beli oven la. Kecian aku meleleh air liur nak buat kueh sendiri.

Poyoness lagikk!!..

pastu, aku beli 1 jenis kueh je. Kueh pavlova. Tu pun budak opis jual. Kalau tak, idak la...

Jujur sekali lagi, aku tunggu gak kueh dari laki aku. Sebab tiap tahun, ada je kueh dia beli dari budak opis dia. Tapi tahun ni... haram... 1 pun xde dia bawak balik... uhuhuhuh Yang ada, tempeyek tu pun dapat dari hamper... ohohohho...

So, conclusionnya tahun ni sapa teringin nak datang rumah aku, bgtahu awal2 ye boleh aku buat mee kari ke... (aku kan dah pandai) atau mee bandung. Sebab tak ada apa nak dihidangkan. Maaf!!!


biskut pavlova


Rumah

Persiapan rumah.... hukkkhukk.. batuk jup.

Langsir tak tukar pun wei... pakai langsir lama je. Langsir kat sliding door pulak, tak tukar... sebab special ukuran.. nak tukar kena tempah baru. Bajet larikkkkkkk.

Perabot pun lama.. ngeee.... tunggu durian runtuh baru tukar. Tapi!!! Cadar baruuuu... uu....
suke aku.

Sempat gak la bodek cik abang nak beli cadar. Ikutkan nak yang patchwork macam cikna jual tu. Tapi, aku tunggu gak laki aku nak sponsor. Nak guna duit sendiri sayang. Last2 masa shopping raya kat leisure mall ada sale plak. Apa lagi.. 10x dok ngulang cakap..

"murahnya... kalau ada duit lebih dah lama beli... "

Last2 laki aku offer.. amik la... Hohohoho... terus g pilih. Tapi, nasib baik syaitan kena ikat.. Kalau tak aku amik 3!!! hahahaha...

Cuti

Cuti aku dah abis sebenarnya. huhuhu.. Awal tahun aritu kan pergi sana sini.. Laki aku cuti, aku pun cuti. Huhuhuh... Last2 bila nak raya cuti abis. Nak ponteng kang kena paid leave plak. Nak MC tak patut je aku rasa. Last2 aku amik advance leave 3 hari. Jadi la dari tak ada. boleh cuti lama sikit.
D pun cuti seminggu gak. So, senang la kami. BS pun cuti lama. Tak ada la kes kena bawak anak pergi opis. Kalau opis aku boleh bawak hari sabtu je kot.


Kampung

Tahun ni, giliran beraya kat kampung D. Kempas JB. Aktivity tak banyak pun. Banyak aktiviti makan je. Korang takkan lapar la kalau jadi ahli keluarga ni. Tapi aku pelik apsal tak gemuk2 laki aku tu. uhhuhuu....

Raya pertama pergi 1 buah rumah je. Pastu ziarah kubur arwah keluarga D. Ayah,anjang dan tok bak.
Esoknya tak kemana gak. Aku tidur je dengan Harris dalam bilik. Kahkah...
Tengah hari tu kami pulang ke Melaka pula.

Sampai melaka, malam tu terus beraya. Keluarga aku memang suka berjalan. Hihihih... 2-3 buah rumah malam tu. Esoknya sambung lagi.

Khamis balik Muar. Sabtu baru balik KL.

Ok, tu je kot aku mampu ingat dan coretkan... ada cerita dari tak ada kan...
Itu je la ringkasan raya #imladyadie family 2014.





aku yang sederhana,
allene

You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. weyyyy...kuih raya pavlova tu sama!!ku beli masa time lelong malam raya kt angsana. Sedap wooo...kt rumah orang tak beraya lagi tp dah separuh balang dibedal sendirik. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Akk pun sebalang xbli lgsg..huhu..
    Sebab rasa mmbazir sgt..
    Pnh dulu order kt kawan2 sek..
    Tp at last buang je sbb xd sapa mkn..huhu

    ReplyDelete
  3. Ok r tu.. buat gak sejenis kuih pom.. lya mmg tak la.. xde buat lgsung.. bab2 tukar lgsir or perabot raya xperlu kot lin.. bg lya selagi blh guna.. guna je. Mcm lgsir just basuh or gilir j dgn y sedia ada.. perabot lak just tukar susun atur ke.. klo beli hru semua.. y lma xkan nk buang.. sdgkan elok lg..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers