Si bijak Harris Adeel

As salam...

Anak dah 2 ni, nak update 1 persatu cerita progress anak memang tak la kan. Kalau yang update tu, korang memang DAEBAK!!!.. kikikiki

Ok, Nak story cerita si Harris koya mami yang semakin bijak ni. Harris dah setahun 2 bulan. 14bulan la kan. Tapi, dia dah faham arahan.

  • Bila lin suruh amik barang, dia akan bangun terkedek kedek amik barang tu. 
  • Bila masuk kereta dia akan hulur kaki suruh buka kasut dia. 
  • Bila amik handphone, dia akan letak kat telinga - semua budak tahu ni kan.
  • Bila tukar pampers, lin suruh angkat bontot, dia akan angkat kaki tinggi2. - tak tahu nak angkat bontot sendiri lg kot
  • Bila nak marah dia, dia akan cepat2 cium lin. - bijak kan.
  • Bila nak pergi kerja dia akan cium dan salam tangan lin lepas tu lambai...
  • Bila lin balik kerja dia akan lari kejar lin. Tapi, kalau dia bukan kat rumah BS, main kat luar, dia akan terus pergi rumah BS. - pergi amik bag nak balik


Macam2 lagi la progress Harris yang lin rasa bijaknya anak aku ni... uhhuhuuh....

Cerita semalam, lin tengah BF harris. Tetiba dia gigit. So, lin pun tunjuk mogok la kan. Tak payah susu lagi. Lagi pun dia bukan haus pun. Baru pas bantai habiskan susu sebotol.

Dia duk pujuk2 lin. Sambil tepuk2 dada mami dia. Mami wat keras hati, wat dekk je. Last2 dia menangis nak BF tak dapat. Lin pusing kiri, dia pergi kiri...
Lin pusing kanan, dia ke kanan. Pastu, tinggalkan dia sorang2 kat bawah, lin baring kat katil.

Dia menangis kat tepi katil, sambil panggil miii...mii.... Terasa kejam pulak aku. Tapi, keras ati lagi tu. Aku wat dekk je. Bagi pengajaran, supaya jangan gigit. Sakit tau!.

Tetiba aku dengar suara dia jauh je. Rupanya dah sampai kat pintu. Ketuk2 pintu nak keluar... Hohohoho.. sedih plak aku tengok dia. Last2 cair jugak hati aku. Aku amik dia dukong bawak tidur atas katil. Tapi, still tak bagi nenen lagi. Takut weeeiii.. Sakit tak hilang lagi.

Dia duk tepuk2... dada mami, tarik2 baju mami... cair lagi hati mami dia. Bagi la. Sambil susu dia khayal je nak tidur. Kecian harris... Kena buli dengan mami dia. Harap2 dia dapt pengajaran la ye. No next time!

Tapi, bijak pulak dia nak keluar bila mami tak layan. Mintak simpati dedi la tu. Huh!..

mummy yang coret
allene

Post a Comment

3 Comments

  1. Aqilah pun sama. Kuat mengigit.. sabar la.. haha..
    Bgs menantu mama ni. Hehe

    ReplyDelete
  2. comel budak2 ni kan..bila die tahu kiter nak marah die..cepat2 die ambik hati dgn cium2 kite...

    ReplyDelete
  3. Hihi tu la kan.. marah2 kita pom.. smpai satu tahap mmg cair jgk..last2 kt lak rsa sesih bila buat gitu.. hihi..last2 kt jgk mgalah n pujuk semula anak. Tp ok jugak kt rajuk sikit2 kt ank.. at least bg pgajaran

    ReplyDelete