kbba

Latest Posts

Anak bujang kaki " laram "

By 11:59 AM , ,

As salam...

Aduh... aku dah naik pening kepala melayan si Hafidh Aryan tu.
Sekarang ni, amboiii....!!! kemain demand dia.
Nak keluar rumah harus la berseluar JEAN ok.
Nasib anak aku tak reti tengok brand cam daddy dia.
Kot pas ni, keluar kena pakai LEVI's...
Acaner???
Aku pengsan dulu la ye...



Bangun pagi, dah pandai bukak almari cari t-shirt dan seluar jean.
Tak jumpa..
Habis semua dia selongkar...
Sapo yang mengemas??? mummy gak...

Ehhh... sekarang daddy pun dah pandai mengemas...
Gara2 Hafidh dah selalu sangat buat sepah dalam almari tu...
huuhhuh

Bila tak dapat seluar tu, ya Allah.. dia punya mengamuk macam kan apooo je.
Tak nak keluar rumah uolls.
Pengsan tau layan anak gini.
Memang selalu keluar rumah lambat...

Pernah 1 hari tu, daddy dia pakai kan baju t-shirt besar.
Pastu datang kat mummy.

" miii.. tengok ni, baju hafidh besar!! "
" haah la hafidh, besar... " 
" tukar la miii... pakai baju ni.. "  sambil tunjuk baju lain kat tangan 1 lagi.

Aku terus...haaa???
tercengang gak.
Amboi ko nakkkk... pandai dah.

Tu cerita 1. Cerita 2 pula.

Daddy tukar pampers dia pukul 3 pagi.
Hafidh terjaga.
Terus mintak nak mandi.
Aduhhh... tak nak mandikan dia bantai menangis.
Kang jaga pula si telinga lintah Harris.
Terpaksa la ikutkan.
Dah mandi, korang tahu dia nak mintak apa pula???

 Nak makai baju cantik dan seluar jean...
Adoii tepuk dahi gak la daddy dia nak melayan.

Layan kan aja.
Janji tak bising.
Pastu boleh pulak sambung tidur.
Hahahah...

Ragam budak umur 2 tahun setengah.
Macam2 hal.

Pitam mak pak.

Tapi kan.. yang paling aku stress....!!!
bila aku nak tenyeh lipstick NYX yang menjadi kegilaan tu...
Sibuk nak gak...
Korang rasa aku bagi???
Kena la bagi ooiiii.. kang dia mengamuk.
Tapi, aku tipu sikit la... aku guna belakang botol lipstick.

Bijak kan mummy dia.
Hahahah... ok la.
Daaaa~~~



You Might Also Like

4 leave a massage here...

  1. wah2..dah pandai melaram...pening jugak dibuatnya kan..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aeen.. mmg pening sangt dah ni.. macam2 hal.

      Delete
  2. budak2 nak membesar..dah start dahh nk melaram ehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. tp ni boy. tu yang tepuk dahi tu...

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers