Bina ketahanan badan anak2 secara semulajadi

As salam...

Untuk mak pak yang jenis tak suka bagi anak makan ubat doctor or any supliment.
Korang mesti ada bagi anak2 makan vitamin untuk kekalkan kesihatan dorang kan.
Vitamin pilihan aku biasanya MADU dan Minyak Habatussauda. 

2 benda ni memang wajib refill bilakala dah habis. Tak mahal pun.
Madu, biasanya harga bawah RM50. Jenis aku, aku tak suka madu yang dah di campur dengan kurma ke, habatussauda ke.. apa apa je la. Aku tak suka. Aku lagi suka yang asli. Kalau dapat madu dari hutan lagi better. Biasanya sekarang madu dari lebah yang dibela. OK juga. Tapi, kalau madu ASLI dari hutan lagi bagus.

Sama juga dengan Habatussauda ni. Sekarang ada macam2 jenis habatussauda. Ada yang softgel, kapsul dan minyak. Cuma korang kena make sure, minyak tu tak ada campuran. Baca dulu sebelum beli. Macam aku kata pasal madu tadi, aku jenis tak suka ada campur2 ni.
Minyak habatussauda lebih sikit kot khasiat dia. Sebab apa?? Sebab minyak ni kan pekat. So, kuantiti dalam sesuatu titik tu lebih.



Cara Penggunaannya

OK. macam MADU, elok kalau kita amalkan memakan madu dikala perut kosong. Macam my kids, bangun pagi, sibuk nak siap pergi rumah BS. Bila nak keluar tu, bagi dorang sorang sesudu. Atau, guna picagari. Yang kecik, lin bg 1ml yang abang 2ml. Malam lin bagi sebelum tidur. Tapi, malam selalu termiss.. tak sempat nak bagi dah tidur.



Minyak Habatussauda tu pula, boleh guna untuk luaran dan untuk minum. Minyak ni, kalau untuk bab kembung memang bagus. Sapu kat perut mengantikan minyak yuyi dan minyak telon ke.
Kalau anak2 batuk, bagi setitik dua dalam mulut. Amalkan. In shaa allah.. Berkesan.
Selalunya lin akan sapu minyak ni kat perut anak2. Lepas tu spray dalam mulut. Memang masa nak pakai baju, lin selalu amalkan. So, dah jadi rutin.



Kat mana nak beli?? 

Kat mana2 ada sebenarnya. Rajin tak rajin je kita nak mencari. Macam lin, before ni beli madu kat pasaraya. Di kedai kiosk. Memang banyak. Tapi, keaslian tu, agak diragui. So, husband kata beli madu di Darussyifa bangi. In shaa Allah.. ASLI.
Kalau minyak habatussauda pula, lin beli dari brand AsSauda. Ni, member husband yang jual. Bila lin baca kertas kat botol, ada tulis 100% minyak habatussauda.

Senangkan...

Bukan tak percaya ubat2 doctor.. Aku percaya. Tapi, biar la ianya menjadi pilihan terakhir. Kalau boleh, usaha dulu. Ikut sunnah dan cara Rasullullah punya perubatan. Lebih afdhal. 

Di sudut islamnya:

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.”
(An-Nahl: 69).


Dari Abu Sa’id, bahwa ada seorang lelaki menemui Nabi SAW, seraya berkata, “Saudaraku sakit dibagian perutnya.”

Maka Beliau bersabda,
“Beri dia madu!”
Orang itu datang untuk kedua kalinya. Maka beliau bersabda,
“Beri dia madu!”
Orang itu datang untuk ketiga kalinya. Maka beliau bersabda,
“Beri dia madu!”
Kemudian orang itu datang lagi seraya berkata,
“Aku sudah melakukannya.”
Beliau bersabda,

“Allah benar dan perut saudaramu yang tidak beres. Beri dia madu!”

Setelah diberi madu untuk keempat kalinya, maka dia pun sembuh.

Muttafaq Alaihi; Al-Bukhary,5684; Muslim, 2217


source


 "Gunakanlah Habbatussauda karena di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit, kecuali maut." (HR. Bukhari Muslim).





Sebenarnya banyak manfaat dari Madu dan Habatussauda. Nak share, tak tershare aku ni. Korang boleh je google dan baca sendiri. Mungkin kalau rajin, aku boleh singkatkan apa yang aku faham. Tapi bukan sekarang la.. uhuhuh nak up 1 entry ni pun 1 hari kot aku kena buat. Bersilang seli dengan kerja kat office ni.

So, mommies dan daddies... tak salah kita nak elak ubat ubatan doctor ni. Tapi, lagi bagus ianya datang secara semulajadi. Setiap penyakit ada ubatnya. Kan lebih elok kalau kita utamakan "hadiah" dari Allah ini.

Sekian

Ikhlas berkongsi
allene

Post a Comment

3 Comments

  1. elok dari pengambilan ubat kan.. sunnah nabi, tak boleh disangkal kebaikannya..

    ReplyDelete