kbba

Latest Posts

Playroom MHA yang simple

By 10:00 AM , , , ,

As salam...

Lama dah tak cerita pasal deko mendeko ni.
Padahal aku tak ada pun nak deko sangat.
Rumah pun tak habis cat lagi.. Acaner???

Bukan malas, tapi tak ada masa.
Bila ada masa, tak ada duit..
Bila ada duit.. tak ada masa...
Begitu la dan seterusnya...
ngee~~~

Tempat paling aku suka ubah mengubah adalah bilik anak.
Anak2 belum masa tidur dalam bilik sendiri.
Tapi, selalu sangat bersepah.
Bila mummy mengemas, abis semua mummy dia alih2kan.
Haaa.... baru sedap mata memandang.
Perangai ni, ikut perangai mak wan dorang.
Nasib umah aku tak da almari.
Kalau tak, semua aku alihkan.

Playroom a.k.a tempat anak2 bermain.
Dulu, aku letak kat sebelah area TV.
Tapi, sekarang aku masukkan semula dalam bilik.
Aku penat nak mengemas buku2 dorang tu je.
Bila balik je rumah, masing panjat meja jatuhkan buku2.
Sikit tak pe, ni banyak.
Pening aku tengoknya.
Banyak yang rosak plak tu.




Ini la aksi anak2 aku bila balik je rumah.
Semua buku campak bawah, pastu panjat meja.








Bila aku transfer dalam bilik tu, lega la sikit.
Sepah setempat je.
Tapi tak gak, dorang sibuk gak kutip apa yang ada dalam bilik bawak keluar.
Ni, tak tahu nak kata apa la kan.

Ada 1 hari tu, aku sibuk nak masak.
Suruh si Abam bawak adik main dalam bilik.
Tetiba aku dengar suara budak menangis.
Dalam hati tu rasa macam suara anak aku..
Bila aku masuk bilik tengok, si Adik dah terjatuh katil dan terselit kat sebelah katil.
Adoiii.... macam2 hal.


Bilik ni ada queen bed.
So, space untuk anak2 terhad sikit la.
Tapi, ok gak...
Tak perlu la nak kemas banyak benda.


Gambar yang pertama tu, aku letak dryper bag.
Bila suruh anak2 amik pampers senang.
Pastu, gantung rendah je. Biasa abam yang amik.

Sebelah dia pula babycot strorage
Baby cot dah simpan, boleh la guna untuk letak barang2 lain.
Bawah tu, lin letak mainan yang softtoy.
Dan yang hujung lin letak black board yang comel tu.

Gambar kedua kanan pula, almari baju yang aku DIY guna sticker hitam tu.
Atas dia, susun buku2.
Biar tinggi, tak ada la kerja aku asyik nak susun buku je.
2 frame ala ala JDT tu, baru je buat.
Tak sabar sangat nak print, aku beli frame murah kat giant je.

Ini la bilik boys kami.
Kemas hanya untuk tangkap gambar.
Lepas tu, jahanam..
Aku susun2 gitu2 je.
Tak kuasa nak kemas beria ia sangat.
Kejap sangat kemasnya.

Sekian,

Aku yang tak berapa rajin
allene





You Might Also Like

10 leave a massage here...

  1. mmg pun lin...nnt drg bwk keluar jugak mainan tu..tp at least leh la kurangkan semak kt living hall kan bila buat playroom ni...

    ReplyDelete
  2. Hee..da ade 2 geng..lg la best dorang nk wat sepah..

    ReplyDelete
  3. Ok gak at least diorg sepahkan dlm bilik tu je..hehe..tgh berkira2 nak buat playrooms jgk ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat eamy.. bnyk membantu. sepah setempat je...

      Delete
  4. waa..kemas je lin..mcm kat taska dh suasana..

    ReplyDelete
  5. kire rajin gak ni lin....umah etty lg hazab..mmg sepah dr bilik ke ruang tamu..penuh mainan...si adik ni suke lempar brg..huhu..jenuh..yg abang lak bile kite kemas, dia dtg.."mommy abg tgh main ni" amek lempar gak..geram....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bila abg dah reti bercakap. lg pening kepala.

      Delete

mommylin.juniorhappy

Followers