Progress diet #imladyadie - 2month

As salam...

Diet aku br sebulan.
Alhamdulillah.. kurang gak la 5kg....

Tapi!!!



Manusia... mudah lupa diri.
Dah turun 5kg, mula la makan itu ini semula.
Chhoooiiiii!!! weii.

So, minggu ni konon2 aku target lagi 2kg.
Tapi, asyik makan sedap je.
Acaner ni???
Stress la kak long weii.

Ok, nak cerita macam mana aku leh loss 5kg.

Ohohoho... bukan mudah ye adik2...
Lagi2 bulan raya ni.
Sana sini open house.

Aku kurangkan makan nasi.
Kalau aku amik pun seminggu dalam 1-2kali je.
Itu pun sesuap 2.
Nasi ni berkanji, dan boleh jadi gula.
Gula yang menyebabkan kita gemuk.
So, elakkan minuman manis dan makan nasi.

Lauk, aku tibai semua.
Banyakkan sayur dan buah.
Jenis aku, suka mengunyah.
So, aku akan kunyah buah atau salad.

Air masak kena minum banyak.
At least 3liter sehari. At least ye... lebih lagi bagus.

Senaman pula, aku buat yang ringan2 je.
Sebab aku ada masa waktu malam je.
Orang kata tak elok senam malam.
Aku pun tak tahu ka apakehelnya.
So, aku akan buat benda yang aku share aritu kat sini. >>link<< 

Kalau before aku start diet, berat aku 66.6kg.
Now 61kg. point berapa aku tak tahu.
So, misi minggu ni aku kena turunkan lagi 2kg.
Maknya kena dapatkan berat 59kg.

Goo..go... chaiyoookkk alllene...
Yakin boleh. !!

aku yang tetiba bersemangat
allene

Post a Comment

2 Comments

  1. Replies
    1. hahaha... ni pun gigih lagi ni kak... harap2 rajin la... klu tgk.. macam tak percaya hilang 5kg. sama je rupanya...

      Delete