Selamat pengantin MADU

As salam....

Bila dengar perkataan MADU je.. bini2 mesti sakit hati kan.
Ada ke hati yang berbunga bunga???
Habak mai kat cheq.....
Nak gak tengok rupa orang hati berbunga bunga dengan madu.
Macam sakinah dan diana mungkin....

Chhooiiiii la wei!!!

Aku tak takut gak sebenarnya nak cakap lebih2 pasal madu ni.
Kang kena kat batang hidung
Duduk gua nanti.
Tapi, bukan pasal sapa2..
Cuma pasal cerita kat TV3 ni ha...
Nama je dah selamat pengantin MADU.
Memang menyirap je aku nengoknya...



Ehh.. ada yang tak tengok ker???

Tapi, cerita dia memang makan hati sikitla.
Especially kita ni, bini2 tunggal.

Apa yang aku tahu, cerita ni base on true story.
Biasanya begitu la kan.
Cerita sebenar je yang keluar TV.
Lepas tu, diolahkan oleh pakar.

Banyak pengajarannya.
Especially perempuan kat luar sana yang teringin nak berMADU.
Tak mudah ye adik2...
Amik hak orang ni, bukan macam amik gula2...
Hisap sorang2 sampai habis.
Tapi kena SHARE.
Ko suka ke share gula2?
Tak kan... 

Watak utama cerita ni, Fasha Sandha dan Aiman.
Peneraju jadi bahan makian, Datin Paduka Ina.
Hambikkkk...
Gini la perangai Datin ko...
Nasib reality tak amik laki orang.
Agak2nya dlu si HS tu, teringin kot dapat title cenggini.
Hahahah...

Hana (Fasha) cuba untuk terima madu dia.
Bukan mudah. Kalau aku tempat dia pun aku tak tahu la camner.
Tapi, sakit hati memang la kan.
Even Hana pun memang mengamuk sakan bila dapat tahu.
Tapi aku suka cara dia lepas geram.
Habis semua pokok bunga laki dia siram dengan air sabun.
Baju2 laki dia masuk dalam bagasi, dia golek2kan dari tangga ke bawah.
Lepas geram yang bagus sebenarnya.
Tak sakitkan diri.

Zul (aiman) sayang fasha.
Tapi tu la... Orang lelaki.
Mewah sikit, kena goda dengan perempuan cair la.
Dari buat dosa, kahwin.
Dah kahwin, menyesal sakitkan hati isteri.
Menyesal pun tak guna bro...
Ko tak fikir panjang masa nak kahwinkan.

Masmera (Datin paduka).
Si gedik melampau tahap kerak bumi.
Terlentok lentok.
HELLOOOO... baru kahwin kot.
Memang la laki ko suka je ko lentok.
Esok, dah bertahun dia kata ko macam sotong.
Baru tahu.
Benda wangikan...

Anak2 Hana dan Zul buat masa ni, memang tak boleh terima mak ude dorang tu.
Aku kalau dapat mak tiri pun tak boleh terima walaupun dah 28tahun.
Inikan pula budak2 je lagi.
Dorang still nak manja2 dengan bapak.
Bila ada mak tiri, mesti la dorang rasa bapak dah tak sayang.
Bila ada adik tiri.
Adoiii lagi la.

Apa2 pun, seriosly.. semua pelakon memang pandai gila kot bawak watak.
Termasuk si SOL tu.
Bagi aku, meh la kita tengok cerita ni, dah amik segala yang positive.
Yang negative tu, jadikan tauladan.

Aku rasa masmera tu tak lama.
Tak kan dia tahan punya.
Walaupun si Hana tak buli dia.
Tapi, Zul macam dah menyesal je kahwin dengan si gedik tu.

Baru episod 5. Banyak lagi episod ni.
Korang tengok la.
Meh sakit hati sama2.
Hahaha...
Kalau yang sensitif tu, tak payah tengok.
Takut terbegaduh dengan laki pula.
Sebab terbeliak tengok perangai gedik datin paduka tu.

JUDUL : Selamat Pengantin Madu
EPISOD : 13
TARIKH : 3 September 2014 (Rabu & Khamis - 9.00mlm)
SIARAN : Slot Lestary TV3
PENGARAH : Ibrahim Ilyas
SKRIP : Noraini Baba
TERBITAN : Pesona Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Fasha Sandha, Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, Ieda Moin, Dilla Ahmad, Marisa Yasmin

Pada orang laki, amik pengajaran yang bermadu ni bukan mudah!!!
Yang perempuan pula jangan dok syok nak amik laki orang... pastu, buat macam hak mutlak.
Siap nak bolot sorang2. Dah la share.. tak malu!!!
Isteri yang budiman pula... errrmmmm.... kita kena kuat... hak kita, kita punya...
Tetiba je aku...

Ok la.
Selamat menonton..
Allene

Post a Comment

5 Comments

  1. tgk gak citer ni smlm dgn asben. dia senyap je.
    tapi mmg hangin berbulu tgk gelagat bini muda tu.
    yg si fasha sanda tu makn ati sensorang...

    ReplyDelete
  2. jarang tengok la citer ni ...last tgk masa yg fasha tengah pikir cara nak kenakan madu dia tu...lepas tu x tgk dah...xpe..nanti tgk kat tonton je la..hehe

    ReplyDelete
  3. baru tengok malam tadi. best jugak. sedihnya.. huhu

    ReplyDelete
  4. episod awal best jugak..
    lepas tu dah x berapa best skit.. dah x kelakar gak..

    ReplyDelete
  5. ummm tah la. tak suka curang-curang. madu madu huu takut ....kalau terkena :(

    ReplyDelete