kbba

Latest Posts

Apa yang terjadi sekarang?

By 5:35 PM , , , , ,

As salam..

Aku pelik la. klu tak ngadap PC, ada je idea nak update cerita blog.
Tapi, kalau aku ngadap PC, benda lain gak yang aku buat.
Ape benda la ko ni lin...
Huhuhu...
Eh jup, yang hantar email untuk free advertisement tu kan, nnt aku update ye.
Busy sebenarnya..
Tapi, janji tetap ditunaikan.
Bukan dicapati.

Hafidh semakin besar, semakin bijak berkata.
Haaa..
Bila dah pandai cakap ni, mmy ddy kena la berhati hati bila bercakap.
Kalau tak, memang kejap je masuk otak dia tu.




Aku dengan D asyik la tersenyum sipu bila dengar dia cakap macam2.
Bijak anak kita kan D.
Asyik la buat kami ketawa.
Tapi, selalu gak buat kami meroyan.
Hhohoho...
Pepaham je la kerenah anak.

Harris pula sekarang ni, tengah nak membesar.
Manja bukan main.
Lagi kita marah, lagi dia buat perangai.
Memang pening melayan 2 hero aku ni.

Sekarang ni, tengah malam je mengamuk meracau.
Aku ni, bila tak sihat asyik berangin je.
Kadang2 tu, terlepas gak la marahnya.

Tapi, bila fikir balik, mungkin dia rasa gatal or sakit.
So, aku betul2 kena banyak bersabar dan beralah.
Agak2 dia mengamuk tu, bawak dia tengok TV.
Layan dia. Sampai pukul 5 pagi pun dia pernah buat hal.
Sabar je la.

Rumah dah macam tongkang pecah.
Kemas depan, belakang sepah.
Kemas bilik anak, bilik mmy ddy bersepah.
Kenapa bilik mmy ddy sepah???
Sebab baju.

Ya allah, sejak Harris kena scabies, aku memang akan rendam baju dengan dettol dan air panas.
Bila berendam tertangguh la time mencucinya.
Dah tu, berlambak lambak sekali cuci.
Tu yang bila melipat sampai sakit pinggang.
Sudahnya tak larat susun dalam almari.
Susun la atas katil.
Hahaah.. buruk perangai.
Ok la kan.At least lipat.
Aku tak boleh kalau tak lipat baju.
Susah nak cari. Dan baju senang berkedut.
Aissshhhh baik lipat.

Bab masak pula...
Bab paling malas.. hahaha...
Aku kena scabies aritu kat jari kiri.
Dah kata iolls kidal, buat kerja memang kiri lebih la kan.
Dah tu, kena kat jari kiri macam mana nak buat kerja?
Alasan kan ko lin
Hahaha...

Aku cakap kat D..
" B... arini tak masak boleh? jari sakit...." 

Agak2 kalau laki aku garang, dah kena basuh dah aku.
Mengada ngada. Nanah sikit tak boleh buat kerja.
Hahaha...
Nasib D jawap OK.
Hahaha... harap2 penuh keikhlasan la ye D.

2-3 hari gak la aku tak kedapur.
Pinggan kat sink jangan cerita la.
Kalau bab susun pinggan, memang kerja aku je.
D basuh, longgok.

Baru wekend haritu, aku start masak semula.
Rindu nak masak sebenarnya.
Hohohoh...
Pastu kan, suka kena puji dengan anak.
Siap angkat ibu jari lagi...
Hafidh memang pandai bodek orang tau.
Bila dia suka je makan, sambil makan, tunjuk ibujari.
Sedap sangat la konon tu.

Tapi, budak ni jujur.
So, aku masak memang sedap.
Hahahah...

Ok la.
Nak tepek gambar hero2 aku ni..





Semoga Harris getting better.
Scabies dia dah kering after second appoinment aritu.
Harap cepat sembuh.
T_T sedih bila teringat parut dan nanah kat 1 badan Harris.
Mummy bukan nak seksa harris.
Tapi, mummy cuba bagi yang terbaik.

jujur,
Allene


Klik gambar / Click Photo




You Might Also Like

1 leave a massage here...

mommylin.juniorhappy

Followers