Da'i TV3 - Pendakwah Milenia

As salam...

Stress aku tengok FB arini.
Sana sini viral pasal event touch anjing tu.
Stress tengok pemikiran orang sekarang.
Kadang2 bukan kita tak pandang ke depan, tapi bila terlalu drastik macam ni, kita jadi terkejut.
Perlu ke semua tu?
Betul la. Lain orang lain pendapat.
Ini pendapat aku.
Tak payah la nak buat event ni sangat.
Banyak lagi event berfaedah yang kita boleh buat.
Banyak lagi ilmu berfaedah yang boleh kita kongsi.
Ok cukup sampai sini.
Aku dah penat memerah otak dan meroyan kat FB.
Ye.. agak meroyan. Tapi dah pulih.
Setelah berpantang seketika.
*tetiba statement bangang keluar*



Korang tengok Da'i TV3 tak?
Aku memula tak tengok.
Tapi, lepas aku pergi umah adik aku, dia pasang cerita tu.
Eh. Seronok plak tengok sorang2 bagi ceramah.
Apa yang aku suka, dorang sangat confident berdepan dengan umum.
Aku dah lama tak buat semua.
Dulu zaman sekolah ada juga la masuk sajak ke, persembahan ke..
Lepas pada tu, aku dah kurang keyakinan diri.

Bangga dan seronok tengok adik yang meningkat usia melibatkan diri dengan rancangan Da'i
Aku ingatkan AF je ramai orang kejar.
Dai pun ramai. Alhamdulillah.



Rancangan ni, dah habis pun.
Pemenangnya Da'i Farhan.

pemenang da'i musim kedua

Amboi.. bila berkata2 dia senyum sentiasa.
Cuma masa akhir tu, aku rasa dia tak menjawap soalan.
Di situ aku agak frust la.
Sama juga dengan pesaing dia Dai'e Ammar.
Tak menjawap soalan. Dan memberi pandangan yang tidak selari dengan jawapan orang lain.
Bagi aku, haram tetap haram.
Walaupun dia susah.
Allah pasti akan bagi rezeki kat kita.
Kita bukan Robin hood yang merompak orang kaya kemudian bg orang miskin makan.
Sapa tengok dia akan faham apa aku tulis ni.

yang tengah itu Izzhar

Aku sebenarnya sokong Dai Izzhar.
Bukan sebab dia hensem.
Itu dah jatuh no 2.
Hahhaah nak gak kan.
Tapi, cara dia menyampaikan hujah sangat ceria.
Sapa yang mengantuk, pasti akan segar.
Ada gelak tawa.
Tapi, bukan rezeki dia.
Pusingan soal jawap dia kalah.
Huhuuhh..
Frust aku.

Tapi, aku yakin dia boleh pergi jauh.
Tahniah semua.
Semoga kita lebihkan program sebegini.


yang seronok tengok da'i,
Allene

Post a Comment

1 Comments