kbba

Latest Posts

Kenapa Antibiotik bahaya pada anak kecil?

By 11:52 AM , , ,

As salam...

Semalam lin continue check up Scabies Harris kat Homoeopathy Zuhairni.
So, kesempatan tu, lin pun tanya tentang ilmu ubatan ni dengan doctor Fazwani.

"Doctor, cuti ni ramai gak la tanya kenapa saya tak bagi anak antibiotik, saya tahu antibiotik ni bahaya kat kanak2 tapi, tak habis study sebab apa dia bahaya..." 

Macam tu la lebih kurang soalan kanak2 aku tanya kat doctor yang very soft spoken tu.
Then doctor tu jawap simple and padat.

" Antibiotik ni, akan bagi kesan sampingan pada buah pinggang kita. Dan ianya tak boleh merawat tapi, memendakkan penyakit kita dari keluar... "

Bagi aku, aku faham apa yang doctor ni sampaikan.
Bila kita sakit, kita makan ubat.
Ubat tu, bukan sembuhkan kita, tapi ubat tu sorok sakit kita dalam badan.
Faham tak???
Dia tak keluar dan buang penyakit tu.
Tapi, akan simpan dalam badan... simpan dan simpan....






Lagi pun, antibiotik kalau kita guna kerap, virus yang ada dalam badan akan jadi lali dan kebal.
Bila waktu kita betul2 memerlukan antibiotik, ubat sudah menjadi tidak berapa bekesan.

Jangan kita beban kan buah pinggang anak kecil untuk memproses ubatan itu. Akibatnya kesan jangka panjang, buah pinggang akan rosak.

"Masyarakat tidak mengetahui kesan buruk akibat jangkitan kuman yang telah mengalami kekebalan terhadap antibiotik. Kebanyakan pesakit terlantar di ICU dengan demam yang tinggi tidak dapat dirawat lagi dengan mana-mana antibiotik." - source >>link<<


Aku ingat lagi, masa Harris admit ward dekat PPUKM, dah seminggu admit baru doctor bagi antibiotik. 
Sebabnya dah lama sangat, so doctor tak ada pilihan.
Terpaksa bagi. 
Nampak tak disitu, sebolehnya kita elakkan menggunakan antibiotic ni. 

Korang juga boleh tambah ilmu kat blog drZubaidi. >>link & link <<
Dia pun TAK menggalakkan penggunaan antibiotik ni. 

Pilihan terletak di tangan kita. 
Kalau nak mendakkan penyakit anak, sila beri antibiotik.
Demam, selsema, batuk...

Sepatutnya kita keluar dan buangkan penyakit tu.
Kalau selsema dan batuk, kahak tu patut dikeluarkan.
Ada macam2 cara untuk keluarkan batuk dan kahak tu. 
Boleh guna kaedah stim dengan garlic oil, vco macam2 la. 

Kalau kita beri ubat, segala kahak tu akan terkumpul diparu paru si kecil.
Dan bila besar, boleh dapat asma, jangkitan macam2 la. 
So, jangan simpan penyakit dalam badan.
Keluarkan penyakit tu. 
Jangan amik jalan mudah dan singkat dengan beri ubat pada si kecil kita.

Pilihan di tangan kita.
Pilih mana yang menjadi pujaan hati.

Peace,
Allene

You Might Also Like

2 leave a massage here...

  1. betul tu allene.. tak elok sangat mkn antibiotik,virus pon nanti dah tak imune..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. tapi agak susah nak bagi org tua faham pasal ni lin oii..

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers