kbba

Latest Posts

Angan angan... tokey ayam pandan

By 4:45 PM , , , , , ,


As salam...

Errmmm...
Hari ni tak busy.
Tapi, bos ada je dalam office ni.
So, buat2 busy.
hahaha.
OK. jangan gelak sangat nnt dia tahu tengah update blog.

Setori angan2 ku ini...
Aku tetiba berangan2 nak besarkan business.
Ayam pandan... nursing cover...

Eh. kenapa 2 benda tu macam tak ada kaitan yek???
Entah.



Aku mulakan perniagaan Arts touch dengan menjual biskut raya dan kerepek raya.
Itu la permulaan arts touch.
Dulu nama as's touch.
Tapi, macam lutchhh jer aku rasa.
Bahahah.

Lepas tu, aku busy bekerja.
Baru mulakan kerja tahun ke2 kalau tak silap aku
Site merata2 aku memang tak layan dah business ni.
Bermula aku kerja sini, aku dah minat nak berbusiness
Sebabnya.. aku suka mengular.
Hahaha.
Aku banyak masa kat sini.
Kerja tak banyak.
Sebab tu aku dah 4 tahun kat sini.
*agak2 kalau bos baca, bos aku bg warning letter tak?*

Bermula minat mendalam dengan breastfeeding, aku rasabf sesuatu yang unik.
Tak semua mommies yang jelas pasal mommy milk ni kan.
Aku start cari suplier yang boleh supply nursing cover.
Sesuatu yang berkaitan dengan mommy milk.
Konon niat murni nak mengalakkan mommy breastfeed anak la.
Alhamdulillah. sampai sekarang kami masih berurusan lagi.
Memang sangat puasa hati.
Aku try pelbagaikan jualan.
Tapi, yang melekat dan setia kekal nursing cover ni la.

Kemudian, masa hari raya haritu, kami bawa ayam pandan ke kampung dimelaka.
Tetiba banyak permintaan.
Aku pun jual dengan keluarga dulu.
Memang sangat mengalakkan.
Kemudian, try promote dengan kawan2.
Ramai suka.
Bermula la episok aku jadi tokey ayam pandan.
Itu la sejarah arts touch.

Sekarang ni, jualan semakin meningkat.
Aku semakin seronok berniaga.
Walaupun untung tak banyak, tapi aku suka.
Suka bila ada orang suka apa yang kita jual.
Suka bila kena puji dengan customer.
Rasa berbaloi penat lelah ni.

Sekarang tengah plan nak lebih serius.
Nak lebih focus pada account arts touch.
Kemudian, nak cari lebih modal untuk keep stock yang banyak kat sini.
Percaya tak, kalau aku bagitahu, ayam pandan dah sampai ke temerloh??
Ada nurse kat sana siap jual 1 ketul RM1.50.
Percaya tak? hahaha ayat vangga entah pape.
Aku pun terkejut gak harga yang dia jual tu.
Tapi, ikut dia la kan. Rezeki dia.

Banyak yang whatsapp nak jadi agent dan borong ayam pandan.
Aku pun pelik, suka betul dengan ayam pandan ni.
Tapi, itu la. Masalah yang aku susah nak settlekan.
Tak boleh pos.
Kalau agent kat penang, macam mana la kami nak pos?
Kena guna lorry frozen tu.
Charge tentu mahal.
Kalau amik borong, untuk yang berniaga tu, berbaloi la.
Kalau tak, kena la korang amik kat KL.
Jimat cost penghantaran.
Itu yang aku tengah angan2kan ni.

Nak kembangkan lagi besar.
Tapi, macam mana ye.
Marketing, buat msa ni ok.
Cuma bila ada yang terlebih beli itu yang merunsingkan.
Huhu.

Aku masih lagi belajar untuk berniaga ni.
Harap kalau aku ada salah silap, korang tegur la.
Tapi, jangan bagi ayat sentap!
Aku merajuk nanti.
Bahahah.
OK, siap tulis entry angan2 si tokey ayam pandan.






IKLAN JUP YE...




yang suka berangan
allene


 photo watermark.png

You Might Also Like

7 leave a massage here...

  1. angan-angan boleh berjaya dgn ada usaha lin..jom kita usaha sampai jadi pengusaha berjaya! hihi..chaiyokk

    ReplyDelete
  2. dgr pun dah rasa hebat . ni bkn angan2 sbb bisnes dh jln cuma nak kembangkannya lagi ... insha Allah akan ada jln nanti . yg ptg jgn putus asa ... semoga rezeki terus melimpah ... aaamin .

    ReplyDelete
  3. salam singgah petang sis..pertama tu kita berangan2 dulu...InsyAllah satu hari nanti akan menjadi kenyataan....

    ReplyDelete
  4. salam singgah petang sis..pertama tu kita berangan2 dulu...InsyAllah satu hari nanti akan menjadi kenyataan....

    ReplyDelete
  5. Good luck dear..angan2 bagus untuk kesihatan.. Hehe..semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  6. Berangan itu free. Smoga business ayam pandan berkembang maju ☺

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers