Breastfeeding is sunnah!


As salam...

Aku mengalami kekeliruan seketika. 
Aku pernah je nampak perkataan breastfeeding is sunnah.
So, bila aku teringin buat G.A kat fb untuk mempromosikan Nursing cover, tetiba ada seorang hamba Allah tanya aku. 

"maaf ye..bukankah sunnah adalah perkara yang 

dilakukan oleh rasulullah...adakah rasulullah 

menyusu?? 

i dont think its a sunnah...kalau salah saya mohon 

maaf..."


Begitu la ayat dia.
Ok, terima kasih atas teguran.
Aku ada google sebelum post.
Memang penggunaan ayat itu tak salah.
Malah wardina sekali pun pernah menggunakan ayat
Breastfeeding is sunnah.

Aku gali lagi.
Alhamdulillah.. setelah beberapa page yang aku jumpa, ada 1 blog yang sangat clear hujahnya.
TQ pada penulis.
Di sini aku nak share apa maksud SUNNAH.
Dah aku harap lepas ni, jangan ada tanya soalan sebegini lagi.
Dah sah2 Rasullullah kita sendiri ada ibu susuannya. OPKOS menyusu.
*tepuk dahi* 
Dah la bagi 2 tanya soal. sobo kak lene... =D

Aku copy sikit ayat dan hujah yang dapat membantu aku tu ye...

Dari sudut syarak terdapat beberapa makna kepada kalimah al-Sunnah:

1. Di sisi Fuqaha’ (Ulama Fekah): Ia dimaksudkan kepada salah satu hukum-hakam Syarak. Iaitu ia bertentangan dengan Fardhu dan Wajib. Maka kalimah al-Sunnah di sisi Fuqaha bermaksud Sunat atau Digalakkan, iaitulah apa-apa yang dituntut oleh Syarak melakukannya tanpa kemestian, dimana akan diberi pahala sesiapa yang melakukannya dan tidak berdosa sesiapa yang meninggalkannya. Melainkan bagi yang meninggalkannya dalam bentuk menentang dan seumpamanya. Sebagai contoh, solat dua rakaat sebelum Subuh itu adalah Sunnah, dan solat Subuh itu pula adalah Fardhu.

2. Di sisi Usuliyyin (Ulama Usul): al-Sunnah ialah apa yang datang dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam terdiri dari perkataan, perbuatan atau persetujuan. Dan ia dikira salah satu sumber dari sumber-sumber agama. Ia bersebelahan dengan al-Quran. Contoh penggunaan dengan maksud ini ada pada ungkapan: “Perkara ini thabit dari al-Quran dan al-Sunnah.”
sumber >>link<<


Jom sama2 tambah ilmu didada... 
Selalu la mengkaji soalan sebelum bertanya. 


aku yang gelabah sekejap,
Allene


 photo watermark.png

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih Allene...terang dan nyata ttg apa itu sunnah is sunat atau perlakuan yg dipersetujui untuk dilaksanakan...bagus la dear, julia pun kurang tahu ilmu ni, entry yang membawa byk pahala...teruskan dear

    ReplyDelete
  2. hahaha... dia lupa kot lin yg pasal ibu susuan tu... maksud dia 'menyusu' tu..aku rasa menyusukan anak... sah2 la org laki xmenyusukan anak.. maaf kan lah dia kerana kurang membaca agaknya.. mungkin dia lagi suka menaip dari membaca..

    ReplyDelete
  3. mungkin dia tak baca habis kot... maafkan lah si dia tu

    ReplyDelete
  4. Thanks atas perkongsian ilmu. Alhamduliilah saya masih lagi BF even anak dan umur 2 tahun 7 bulan. Rasa berat hati plak nak wean 0ff ☺☺

    ReplyDelete