Ajar anak lelaki pakai make up


As salam...

Allahu...
Tahun 2014 dah macam-macam yang Malaysia hadapi.
Sikit demi sedikit Allah cuit kita yang kat Malaysia ni.
Peringatan bersama.
Tapi, masih ada yang tak sedar.
Sedar la sahabat..
Jika 5 waktu itu tak cukup, berusahala untuk mencukupinya.
Jika amalan itu masih goyang, perkuatkan la amalan kita.

Aku masih lemah.
Jadi, itu je aku boleh sampai kan.
Tidakla aku ingin jadi insan yang memandai mandai dalam segala urusan.
Hanya insan kerdil yang mengingatkan sesama kita.
Semoga aku terus istiqomah...
Allahu Akbar...

*********************************************************************************
MHA kuasa 2...
Bila bergabung... terhasil letupan dari mulut mmy... =D 

Setiap pagi, sebelum pergi kerja, biasa lah...
Aku ni, mak2 konon nak gojes lebih kena la touch up sikit2 muka tu.
Kot nak pergi kerja muka naked je.
Atleast ada la bedak kena tepek.
Lipstick tonyoh sikit kan...



By time masa tengah rushing, pakai krim muka..
Si harris datang mengendeng...

"Miii... nak mi... "
*sambil jari tunjuk kat muka dia*

"Jup yek, bagi mmy siap dulu."
Ayat aku hari2.

Lepas tonyoh lipstick,
Sekali lagi.
"Mii nak mi... sambil tunjuk bibir." 

Memula aku marah.
Ishh.. tak boleh.
Tapi, tahu apa dia buat??
Halang aku dari tengok cermin.
Tak kan nak bagi pulak??
Penyudahnya....

Aku pura2 tepek bedak kat muka dia.
Senyum ko..
Huhuh risau aku.
T____T

Sama dengan Hafidh jugak.
Dulu masa dia beria ia nak lipstick.
Aku tipu pun dia nak gak.
Last2 dia mintak kis..

"Mii... nak yommm...."
Sambil pegang bibir...
Dapat cop sikit je, senyum lebar...
Tepuk dahi aku dengan perangai 2 orang ni.

Cuma sekarang Hafidh dah tak amik pot sangat.
Harris je, sekarang ni selalu mengendeng.
Korang yang ada anak lelaki macam ni gak ker?
Pening aku melayan sorang2.
Kang marah, buat perangai, lambat pula nak keluar pergi kerja.






Post a Comment

9 Comments

  1. alamak...kita x der anak lelaki...tp anak perempuan kita memang over excited bila tengok alat make up nie...hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuu budak. agaknya memang suka bab2 seni ni kot yong... =D

      Delete
  2. tengah membesar semua dia nak tiru apa yang dia tgk.. kekekeke

    ReplyDelete
  3. sama la..tambah pulak memang kerap nampak muka saya je kat rumah..asyik nak meniru gaya mak2 je la..hahah...

    ReplyDelete
  4. Hehehe sama Allene...anak2 tgh membesar mereka copy paste kita...setiap kali Qi minta bedak ju bagi tahu ini untuk perempuan (adik girl) sahaja, lelaki macho macam Qi tak leh pakai bedak....harammmmmmmm....hahhahahha mak over explain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kan ju... memang penat nak explain. tp kena explain gak... =D

      Delete
  5. sama alin! aqeel pon slalu mntk bedak mntk lipstik ble nampak aku pakai..riso gak aku..ingt anak aku je gtu..adoii.tp sambil tepek sket bedak tu ckp "aqeel boy, same ngan ayah..ayah mane pakai bedak.." mati akal gak kadang2 nak explain

    ReplyDelete