kbba

Latest Posts

Anak Syurga: Ismail Zhafran

By 12:18 PM , , ,


As salam...

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Sedih, sayu... bila tengok anak kecil menderita.
Sedangkan anak demam je, aku dah tak tentu arah.
Amik Emergency leave, semata-mata untuk jaga anak yang demam.
Ibu mana yang tak sayang anak??
Manis mengandung dan melahirkan tu, rasa tak nak lupa.
Bila dah lahir, Allah tambah pahala dengan keadaan anak yang istimewa.



Nama ISMAIL ZHAFRAN bin Azizul. 
Dilahirkan pada 20 oct. 2014 pada jam 4 pagi.
Dan pra matang.

Masalah kesihatan:



- Tiada lubang dubur
Sudah operate semasa umur 2hari untuk buat stoma

- Saraf tunjang terbuka
Operation pada usia 10 hari. Di jangka tidak boleh berjalan dan masalah pembuangan air besar yang tidak dapat dikawal.

- Pendarahan dalam kepala
Tiub kepala dia sekarang membengkak. Tetapi doctor pakar otak dan kepala masih belum tahu apa langkah seterusnya.

- Masalah buah pinggang
Buah pinggang sebelah kiri tiada sejak dilahirkan. Hanya sebelah kanan sahaja yang berfungsi. Itu pun ada ketumbuhan air dan bengkak, gagal berfungsi dengan baik.

Allahu...
Aku pun ibu... nak kata faham perasaan ibunya Ismail tak mungkin.
Ujian yang Allah hadiahkan memang betul-betul menguji iman.
Semoga Ibu dan keluarga Ismail Zhafran tabah dengan ujian ini.

Sahabat blogger atau sahabat-sahabat lin diluar sana.
Marilah kita sama-sama membantu adik Ismail Zhafran.
Sedekahkan Al-fatihah untuk kesihatan adik Ismail Zhafran.
Dan, diharap kita dapat membantu keluarga Ismail Zhafran dalam bentuk wang ringgit.
Kos untuk rawatan adik Ismail Zhafran dan rawatan susulan.
Semoga sedikit sebanyak, ianya menjadi saham akhirat kita.




Andai ada salah silap dalam penulisan ni, harap maaf.
Semua info aku amik dari Ibu Ismail Zhafran >>link<<



You Might Also Like

14 leave a massage here...

  1. Ya! Allah ...hebatnya dugaan baby ni. Smoga terus di beri kekuatan dan semangat yg tinggi dalam melawan kesakitan dan penyakit. Berat mata memangdang berat lagi bahu yg memikul. Bertabahlah buat parents baby ismail zhafran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul.. berat mata memandang, berat lg bahu yang memikul. tgk pun tak sanggup rasanya.

      Delete
  2. Subhanallah..Allah Maha Pencipta segalanya...

    ReplyDelete
  3. sedihnya YaAllah...mcm mn la ibubapa si bayi ni hadapi dugaan ni....besarnya dugaanMu YaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan mila. semoga keluarga mereka tabah.

      Delete
  4. sedihnya tengok..semoga Allah permudahkan dan berikan kekuatan untuk keluarga ni..

    ReplyDelete
  5. ya Allah.. besar ujian untuk si kecil ni. Moga Allah beri yang terbaik untuk anak ini. Semoga Ismail terus kuat & memberi kekuatan pada kedua ibubapanya

    ReplyDelete
  6. AlFatehah buat baby Ismail.. Beliau telah dijemput Illahi pada 4sept 15 jam 9.35.. Berakhir jua deritanya.. syurga tempatmu sayang.

    ReplyDelete
  7. AlFatehah buat baby Ismail.. Beliau telah dijemput Illahi pada 4sept 15 jam 9.35.. Berakhir jua deritanya.. syurga tempatmu say

    ReplyDelete

mommylin.juniorhappy

Followers